:: Mencegah Kezaliman/ Keganasan ::
Rasulullah
s.a.w bersabda yang maksudnya::” Janganlah salah seorang daripada kamu
berpeluk tubuh dalam keadaan seseorang itu dibelasah secara zalim,
kerana laknat akan turun ke atas orang yang menyaksikan ketika mereka
tidak mempertahankannya.”
[Riwayat at-Tabrani]
Perbuatan zalim adalah perbuatan yang mendatangkan kesusahan atau
kemudaratan kepada orang lain atau mungkin dalam bentuk mengambil
manfaat dari orang lain dengan cara yang salah ataupun melakukan sesuatu
terhadap orang lain yang menimbulkan rasa sakit kerana perlakuan
tersebut memberi keseronokan atau kepuasan kepada yang melakukannya.
Pemerasan, pemaksaan dan penipuan demi keuntungan peribadi juga termasuk
dalam perbuatan yang zalim.
Doa orang yang dizalimi terhadap
orang yang menzaliminya sangat mudah dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Oleh
itu perbuatan zalim sebenarnya merupakan perbuatan yang sangat merugikan
kepada si pelakunya. Allah S.W.T boleh memberi hukuman ke atas si
pelaku tersebut ketika di dunia lagi seperti nasib yang menimpa Firaun.
Malah di akhirat kelak orang-orang yang berlaku zalim akan menerima
nasib yang sangat malang kerana kebaikan yang dimilikinya akan berpindah
kepada orang-orang dizaliminya. Sekiranya dia tidak mempunyai kebaikan,
maka keburukan orang-orang yang teraniaya akan terlempar kepadanya dan
akan ditanggung olehnya.
No comments:
Post a Comment