:: Islam Sebenar ::
Islam adalah suatu agama yang mulia dan ia memuliakan penganutnya.
Buktinya Islam memberikan ganjaran yang sangat besar bagi setiap
kebaikan yang dilakukan di mana kelebihan atau ganjaran ini tidak akan
diperolehi dengan pengakuan mulut sahaja (mengaku Islam sahaja) tetapi
hanya akan dicapai dengan mengerjakan amalan-amalan yang baik secara
ikhlas dan ihsan kerana Allah S.W.T.
Ihsan bererti mengerjakan sesuatu ibadat dan kebaikan dengan
sebaik-baiknya, lengkap dengan segala peraturan serta ikhlas kepada
Allah iaitu bersih dari perbuatan syirik dan sifat munafiq serta bersih
daripada perasaan riya’, ujub dan sebagainya. Dengan lain perkataan
ihsan itu adalah mengerjakan sesuatu ibadat seolah-olah seseorang itu
melihat Allah serta meyakini bahawa Allah sedang memerhatikannya.
No comments:
Post a Comment