Sunday 18 December 2011

:: Apa Dakwah?? ::

Dakwah ertinya mengajak, menyeru, menyampaikan nasihat kepada manusia supaya taat kepada Allah, menyeru kepada kebenaran, kebaikan dan meninggalkan larangan ataupun tegahan-tegahan Allah. Dakwah kepada orang-orang Islam atau kepada orang bukan Islam agar memahami hakikat sebenarnya ajaran agama Islam dan seterusnya menerima Islam menjadi cara hidup adalah menjadi tanggungjawab setiap mukallaf.

Dakwah melalui televisyen, radio dan internet juga adalah menjadi trend masyarakat Islam pada zaman sekarang terutamanya pendakwah. Terdapat banyak laman web dan blog berunsurkan Islam yang dicipta untuk memudahkan lagi kerja-kerja dakwah dan ajaran Islam dapat disebarkan dengan pantas dan tepat. Bahkan melalui pendekatan inilah dakwah Islamiah dapat tersebar luas ke serata dunia dengan menggunakan hujung jari sahaja. Inilah bukti yang menunjukkan bahawa kerja dakwah tidak pernah ada penghujungnya. Ianya akan berterusan mengikut peredaran zaman dan perubahan pemikiran manusia.

Justeru marilah bersama-sama kita menjalani ibadah ini dan mudah2an mendapat keredhaan dari Nya, Sesungguhnya "SETIAP HARI ADALAH DAKWAH"

No comments:

Post a Comment