Thursday 14 November 2013

::TAZKIRAH - AMALAN SEDEKAH MENYUBUR KEIMANAN::


RENUNGAN  UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, 
 
“Setiap anggota manusia dkehendaki memberi sedekah selagi matahari terbit. 
 
Mendamaikan antara dua orang (yang bertelingkah itu) merupakan sedekah, 
 
menolong orang yang hendak menaiki kenderaan adalah sedekah atau mengangkat barangan ke atas kenderaan adalah sedekah, 
 
kata-kata yang baik adalah sedekah, 
 
setiap langkah perjalanan untuk sembahyang adalah sedekah 
 
dan membuang benda yang berbahaya dari jalan adalah sedekah”. 
 
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Huraian:
 
Setiap kebaikan yang dilakukan oleh anggota manusia adalah sedekah dan ia akan diberi balasan pahala oleh Allah SWT.

Islam menyuruh umatnya supaya sentiasa melakukan kebaikan kepada manusia dengan memberi pertolongan, menyumbang bantuan tenaga dan menghindarkan sesuatu yang mendatangkan mudharat kepada manusia.

Semua amalan baik yang dilakukan oleh seseorang dengan tulus ikhlas adalah merupakan ibadat dan ia akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT.

Sedekah bukan hanya dengan mengeluarkan harta dan wang ringgit malah makna sedekah lebih luas daripada itu seperti yang ditunjukkan oleh hadis ini iaitu bersedekah dengan tenaga dan bersedekah dengan kata-kata.

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
(SUMBER : JaKiM)

No comments:

Post a Comment