Monday 26 December 2011

:: Bila Hidup Terlalu Senang ::

•❤•kadang-kadang,
bila ujian tidak menjengah,
kita lupa untuk memohon..~

•❤•kadang-kadang,
bila kehidupan tidak diuji,
kita lupa untuk meminta.
lantaran itu,
hati terasa kosong.
bukan kerana ujian yang terasa berat,
tapi jarak dan hubungan denganNYA yang tanpa sedar semakin jauh..~

•❤•dalam senang,
kita lupa,
untuk terus meminta,
semoga Allah lancarkan urusan kita,
semoga Allah bantu kita lalui hari2 seterusnya.
lupa diri..
terasa diri mampu menjalani hari,
tanpa perlu memohon padaNYA..~

•❤•mungkin kerana itu,
hati terasa kosong,
walau hidup terasa senang,
kerana sejujurnya,
kita sudah jauh dariNYA..~

No comments:

Post a Comment