Thursday 31 January 2013

::AKU MALU PADA DIRIKU::


Aku malu pada diriku, dikurniakan Allah - akal fikiran, tetapi tidak dapat membezakan antara kebaikan dan keburukan.

Aku malu pada diriku, dijadikan Allah - sebaik-baik kejadian (makhluk), tetapi berkelakuan buruk dan lebih teruk dari makhluk binatang.

Aku malu pada diriku, dianugerahkan Allah - kesempurnaan (tidak cacat), tetapi tidak digunakan untuk mendapat keredhaan Allah dan menafaat makhluk lain.

Aku malu pada diriku, diberikan Allah - nikmat rezeki yang melimpah ruah, tetapi tidak dapat digunakan untuk infak, sedekah dan membangunkan ummah.

Aku malu pada diriku, dikurniakan Allah - sihat (fizikal dan mental), tetapi tidak dapat digunakan untuk jihad dan perjuangan Islam.


sumber: syahirul.com

Tuesday 29 January 2013

::MANA HILANGNYA KEHORMATAN DALAM DIRI??::


Ketika Muslimah menghinakan dirinya sendiri. Dibawa Lelaki ke sana ke mari, padahal belum rasmi menjadi suami isteri.Sungguh teramat kasihan sekali.Ketika si Lelaki sudah Bosan dan TIDAK PEDULI ,,Ia campakkan Muslimah tadi ibarat sampah yang tidak bererti..Lalu ia mencari pengganti.Kemudian menyesali , setelah semua terjadi ketika telah Hilang Kehormatan Diri...

Adakah kita hendak menjadi seperti ini? Tidak kira perempuan atau lelaki...

Friday 25 January 2013

::MEMUPUK PERASAAN CINTA TERHADAP NABI MUHAMMAD S.A.W::







Sedutan Khutbah: 25 Januari 2013/ 13 Rabiulawal 1434H

Nabi Muhammad s.a.w. merupakan nabi teragung dan rasul terulung. Bahkan nama baginda juga bermaksud “yg terpuji”. Baginda merupakan nabi dan rasul terakhir yg diutuskan Allah SWT untuk seluruh makhluk di muka bumi ini.

Dalam memenuhi tuntutan keimanan dan tujuan meraih kecintaan Allah SWT, perasaan cinta kepada kekasih-Nya iaitu nabi Muhammad s.a.w perlu dipupuk dan disemarakkan. Namun persoalannya, bagaimana perasaan cinta terhadap Baginda dapat ditanam dan disuburkan?

Perasaan cinta kepada Baginda s.a.w hanya wujud setelah keperibadian Baginda dikenali, dipelajari dan dihayati. Bagi setiap orang yg mengaku beriman kpd Allah SWT dan rasul-Nya maka wajib keatasnya dirinya dan keluarganya untuk mengenali Baginda dengan lebih dekat sama ada melalui majlis3 pengajian, pembacaan kitab3 sirah, bacaan qasidah, rawi dan sebagainya.

Amat malang sekiranya ada dikalangan generasi kita umat Islam pada hari ini yg tidak mengenali Nabi, apatah lagi isteri3, anak3 dan para sahabat baginda. Malang juga bagi ibubapa yg tidak mendidik anak3 dalam mengenali dan mencintai Baginda Nabi Muhammad saw. Malang bagi umat ini kerana apabila Nabi tidak lagi dikenali maka ajaran Baginda akan ditinggalkan dan ianya akan membawa kepada kesesatan, kemusnahan dan kehinaan.

Berselawat keatas Baginda s.a.w dapat menyuburkan rasa cinta terhadap baginda. Sesiapa yg berselawat keatas Baginda sekali maka Allah SWT akan berselawat iaitu mengurniakan rahmat dan ganjaran terhadapnya sepuluh kali. Begitu juga mereka yg banyak berselawat kpd Baginda adalah manusia yg paling utama menerima syafaat Baginda di hari perhitungan kelak. Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Orang yang paling utama denganku (syafaatku) adalah mereka yang paling banyak selawatnya keatasku”

Ingatlah, ilmu adalah kunci kearah keselamatan. Kerana tanpa ilmu segala urusan tidak akan terpandu. Sesungguhnya, segala panduan kehidupan telah ditunjuk dan dijelmakan oleh Rasulullah.

::SERUAN::






1.       Tarbiyah Dzatiyah
2.       Perbezaan antara Dakwah, Ta’lim dan Tarbiyah.
3.       Produk perjuangan.
4.       Al-Mehan dalam Perjuangan.

·         Halaqah dan Usrah.
·         Apabila ada ilmu harus di kongsi bersama untuk menghasilkan perjuangan.
·    Dan apabila jalan telah diberikan, haruslah berusaha untuk memajukan dan melaksanakannya.
o   Ilmu
o   Memahami
o   Merasakan ia penting dalam hidup.
o   Perlaksanaan.

-          Apakah yanag kita perolehi dalam tarbiyah dzatiyah:
o   Kita akan rasa kekuatan & semangat.
o   Kita mampu berdiri menghadapi ujian.
o   Tidak akam malas, tidak akan rasa penat dan tidak akan rasa kecewa.
o   Minda kita terbuka & fitrah kita terbuka.
o   Dia mampu member jawapan kepada fitrah.

-          Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam.(surah Al-Anbiya, 107)

~ Ja’far Bin Abi Talib
-          Rasullullah telah menghantar mereka ke habsyah untuk mendidik selama bertahun3. Dalam masa yg sama mereka rindu terhadap keluarga. Tetapi dengan semangat iman mereka bertahan menegakkan ilmu disana.

~ Cita3
-          Kita mampu membuka jalan untuk mencapai cita3.
-          Ilmu tarbiyah penting untuk mendidik isteri dan anak3.

~ Mus’ab Bin Umair
-          Seorang guru pertama di Madinah.

·         Jenis Tarbiyah
o   Tarbiyah Rohani – hafal Hadis & Quran
o   Tarbiyah Fikriyah
o   Tarbiyah kewangan/harta – hasil kewangan
o   Tarbiyah midaniyah
o   Tarbiyah Haraki – dalam gerakan kita tak bolah bergerak sendiri. Harus ada bantuan untuk mencapai cita3.

-          Perbezaan antara Dakwah, Ta’lim dan Tarbiyah.
o   Dakwah : Mangajak / Menyeru
o   Ta’lim : Guru menyampaikan ilmu kepada pelajar.
o  Tarbiyah : menggunakan ilmu pengetahuan dan segala wasilah (cara-cara) yg syar’I termasuk MU’AYASYAH bagi menyentuh HATI dan tunjuk ajar kepada AQLI, RUHANI & JASMANI insan.

PRODUK PERJUANGAN
1-      Al-Fard Al-Muslim / Muslimah
2-      Al-Usrah Al-Muslimah
a.      Peranan
b.      Harus bersefahaman.
3-      Al-Mujtama’ Al-Muslim
a.      Masyarakat Islam
b.      Ciri3 dan komuniti masyarakat Islam.
4-      Daulah Islamiah
a.      Negara Islam
5-      Khilafah Islamiah
a.      Kerajaan Islam
b.      Tiada hina menghina antara Umat Islam

CIRI3
1-      Aqidah yg selamat.
2-      Ibadah yg sahih. – rujuk al-Quran dan hadis
3-      Melawan hawa nafsu.
4-      Intelektual / pengetahuan am
5-      Badan yg sihat dan kuat dapat menanggung ujian.
6-      Perkemasan akhlak.
7-      Teratur dan tersusun perinciannya.
8-      Penjagaan masa.
9-      Mampu berdikari.
10-  Memberi manfaat kepada orang lain.

Al-Mehan Dalam Perjuangan
1-      Dari luar.
a.      Fitnah.
b.      Halangan.
2-      Dari dalaman kita.
a.      Niat lari.
b.      Riya’
c.       Ujub. (Bangga)

P/S: Ustaz Muhammad Kausar