Friday 28 March 2014

::TAZKIRAH - KEZALIMAN ADALAH DOSA BESAR::

             
RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.

             

Daripada Jabir RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: 

"Takutilah (jauhilah) kezaliman kerana sesungguhnya kezaliman itu adalah kegelapan di hari kiamat dan takutilah (jauhilah) perangai bakhil kerana bakhil itu telah membinasakan orang yang dahulu daripada kamu iaitu membawa mereka melakukan pertumpahan darah sesama mereka dan menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan kepada mereka". 

(Hadis Riwayat Muslim)
               
Huraian:
  • Jauhilah sifat bakhil kerana bakhil itu membawa permusuhan dan pertelingkahan yang boleh mendatangkan kerugian.
  • Umat Islam dilarang zalim menzalimi dan memfitnah sesama mukmin kerana akibatnya adalah lebih dahsyat daripada membunuh.
  • Rasulullah SAW memberi pringatan kepada umatnya supaya mengeluarkan sedekah dan membelanjakan ke jalan yang halal.
  • Kezaliman adalah antara dosa besar yang akan menyebabkan pelakunya dikenakan azab seksa yang berat diakhirat nanti.
  • Tamak kepada dunia dan kedekut dengan apa yang dimiliki sentiasa mendorong manusia melakukan maksiat dan dosa dan menjerumuskan mereka kepada perbuatan keji dan kemungkaran.
                 
    PUSAT ISLAM UNIVERSITI
    UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
    (SUMBER : JaKiM)

::TAZKIRAH - ORANG PALING SEMPURNA IMANNYA::

                 
RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.
                     

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda,

 "Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya. Sebaik-baik kamu ialah mereka yang paling baik (pergaulan) dengan isterinya".

 (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
                 
Huraian:
  • Akhlak yang baik adalah ciri-ciri kesempurnaan iman.
  • Iman yang sempurna dan akhlaknya yang baik adalah dua faktor utama dalam pembentukan peribadi yang mulia.
  • Pergaulan suami isteri yang baik dan harmoni adalah dituntut dalam Islam dan akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT.
                   
    PUSAT ISLAM UNIVERSITI
    UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
    (SUMBER : JaKiM)

::KAPSUL PSIKOLOGI - CARA UNTUK TINGKATKAN DAYA KREATIVITI::

             

           
1.Bina Komitmen
Langkah pertama adalah dengan menumpukan diri sepenuhnya untuk membangunkan kebolehan kreatif anda. Jangan Tangguhkan usaha. Tetapkan matlamat dan dapatkan bantuan orang lain serta tetapkan masa untuk membangunkan kemahiran anda setiap hari.
           
2. Jadi Pakar
Satu cara yang paling baik untuk membangunkan kreativiti anda adalah dengan menjadi pakar sesuatu bidang. Kayakan diri dengan pemahaman topik tersebut akan membolehkan anda lebih berupaya untuk memikirkan penyelesaian sesuatu isu itu dengan cara yang lebih kreatif dan inovatif.
           
3. Memberi Ganjaran Kepada Diri Sendiri
Daripada mengkritik diri sendiri, adalah lebih baik menggunakan cara memberi ganjaran kepada diri apabila anda ingin tahu tentang sesuatu perkara baru. Beri peluang dan cabar diri anda untuk meneroka topik-topik baru.
             
4. Bina Keyakinan Diri
Tidak berkeyakinan pada diri akan menyekat kebolehan dan perkembangan kreativiti anda. Oleh itu, bina keyakinan diri dengan sentiasa memberi pujian kepada usaha anda dan sentiasa mencari jalan untuk memberi ganjaran kepada kreativiti anda.
           
5. Atasi Sikap negatif
Wujudkan pemikiran positif untuk meningkatkan keupayaan anda untuk berfikir secara kreatif. Hapuskan pemikiran negatif atau kritik diri kerana ia akan mengurangkan keupayaan dan kebolehan anda untuk terus menjadi kreatif.
             
SEKSYEN BIMBINGAN DAN KERJAYA STAF
PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

03-89471557

Tuesday 25 March 2014

::Weekend Talk March 29th: "LIVING A PURPOSEFUL LIFE"::


Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa' Invites you to a Public Talk:
"LIVING A PURPOSEFUL LIFE" by "KAMARUDDIN ABDULLAH"

DATE : March 29th
TIME : 10AM - 12PM
PLACE: Auditorium Menara PNS Tower 7, Bangsar South

** FREE ADMISSION **
** FREE MEDICAL CHECK UP **

Google Maps : https://www.google.com/maps/place/Bangsar+South/@3.1125872,101.6673839,16z/data=!4m2!3m1!1s0x31cc4a2a3ef62df3:0x78486c8bb96a5ae8?hl=ms

::PROGRAM PENDIDIKAN KANSER: AMALAN GAYA HIDUP SIHAT BERTERASKAN AL-QURAN & SUNNAH::


             
Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) akan mengadakan Program Pendidikan Kanser yang bertajuk Amalan Gaya Hidup Sihat Berteraskan Al-Quran & Sunnah bertempat di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UPM pada 17 April 2014 (Khamis) dari 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari.
               
Penceramah yang dijemput adalah Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim yang merupakan Pensyarah di Jabatan Syariah, UKM dan sering muncul sebagai panel untuk program Tanyalah Ustaz, Halaqah, al-Kuliyyah dan juga Forum Perdana. Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga UPM, staf dan juga pelajar serta orang awam.
               
Yuran penyertaan adalah sebanyak RM10. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan ilmu yang sangat bermakna. Daftar sekarang, sila hubungi Pn Norazrina (03-89472706) untuk mengesahkan kehadiran. Sekian, harap maklum.
               
Mariani Binti Shaari
Social Research Officer
Cancer Resources & Education Center (CaRE)
Universiti Putra Malaysia
Serdang, Selangor.
Tel/Fax: +603 8947 2706

::BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH 2014::

                 
Suka cita dimaklumkan bahawa Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Jawatankuasa Kariah Serdang akan menganjurkan Bengkel Pengurusan Jenazah 2014 pada:
                 
TARIKH: 23-24 April 2014 (Rabu-Khamis)
MASA: 8.00 Pagi – 5.00 Petang
TEMPAT: Masjid, Universiti Putra Malaysia
YURAN:  RM20.00 (sumbangan tabung Masjid)
ANJURAN: Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Jawatankuasa Kariah Serdang.
                     
  • Kepada yang berminat, bolehlah mendaftar melalui Borang Pendaftaran Kursus dan Bengkel yang telah dilampirkan atau melalui Sistem Pendaftaran Online Pusat Islam Universiti http://www.sppi.upm.edu.my .
  • Untuk Maklumat lanjut tuan/puan bolehlah menghubungi Pejabat Am, Pusat Islam, UPM atau Mohd Firdaus (03-8946 8582).
  • Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke Pejabat Am Pusat Islam Universiti atau fakskan ke 03-8948 3742.
  • Penyertaan terbuka kepada semua warga UPM dan masyarakat setempat.
  • *Borang penyertaan hendaklah dihantar sebelum 18/04/2014 - Harap maklum
                           
    Mohd Firdaus bin Abd. Rashid
    Pusat Islam Universiti
    Universiti Putra Malaysia
    03-8946 8582

::TAZKIRAH - MENCARI KEBERKATAN REZEKI::

             
RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.
                   

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:  

Seseorang yang terbiasa dengan meminta-minta, dia akan datang pada hari kiamat tanpa secebis daging pun di wajahnya. 

 (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
             
Huraian:
  • Islam menuntut umatnya supaya bekerja dan berusaha sehingga bebas daripada belenggu kemiskinan.
  • Kemiskinan boleh menggelincirkan iman kerana seseorang yang lemah imannya akan sanggup menggadaikan aqidahnya dengan melakukan pekerjaan yang terlarang serta menuturkan kata-kata yang menolak kebesaran Allah seperti menafikan keadilan Allah dan sebagainya.
  • Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia merupakan ibadat iaitu selagi ia dilakukan dengan niat yang baik dan tidak melanggar hukumNya.
  • Rezeki yang berkat adalah rezeki yang dicari dengan titik peluh sendiri, bukan dengan cara menunggu pemberian daripada orang lain seperti meminta sedekah, derma dan sebagainya padahal tubuh badan masih lagi kuat dan sihat.
                     
    PUSAT ISLAM UNIVERSITI
    UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
    (SUMBER : JaKiM)

Friday 21 March 2014

::TAZKIRAH - SABAR MENCERMINKAN KEIMANAN ::

             
RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.
                 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

 "Allah berfirman dalam Hadis Qudsi yang bermaksud: "Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga". 

 (Hadis Riwayat al-Bukhari)
               
Huraian:
  • Sabar adalah mengawal diri daripada kegelisahan dan menerima segala dugaan, rintangan dan segala suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup.
  • Kita hendaklah bersabar ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau ibu bapa kerana semua makhluk merupakan milik Allah. Malah kita dinasihatkan untuk berkata: "Sesungguhnya kami merupakan kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (Maksud al-Baqarah :156)
  • Seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran akan dihapuskan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga.
  • Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya itu.
  • Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
                   
    PUSAT ISLAM UNIVERSITI
    UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
    (SUMBER : JaKiM)

::KLINIK AL-FATIHAH MASJID UPM::

                   
Pusat Islam Universiti, UPM kini telah mengadakan Klinik al-Fatihah (Jumaat)
                       
Bagi sesiapa yang ingin memperbaiki atau menyemak semula bacaan al-Fatihah, para jemaah boleh mendapatkan perkhidmatan ini di ruang hadapan Masjid UPM berhampiran Kaunter Pengawal Keselamatan. Ia dibuka jam dari jam 12.00 tengahari - 1.00 tengah hari pada setiap hari Jumaat.
                 
Surah al-Fatihah merupakan salah satu daripada rukun solat. Membaca surah al-Fatihah merupakan sifat solat Nabi SAW dan kesempurnaan bacaan adalah amat penting bagi memastikan bahawa ibadah solat yang dilakukan adalah sah. Hal ini adalah berdasarkan hadis yang bermaksud:
             
"Tidak sah solat bagi mereka yang tidak membaca Faatihatul Kitab" (Al Fatihah)
(Sahih al-Bukhari No. 756)
             
Pusat Islam Universiti, UPM
03-89468582

Tuesday 18 March 2014

::KAPSUL PSIKOLOGI - 5 TIPS UNTUK CERIA DI TEMPAT KERJA::

             
KAPSUL PSIKOLOGI
             
5 TIPS UNTUK CERIA DI TEMPAT KERJA
             
1. Ketepikan Masalah Peribadi
Jangan biarkan emosi anda terjejas hanya kerana masalah peribadi. Sebaiknya elakkan pemindahan perasaan atau emosi negatif kepada rakan sekerja.
                 
2. Cipta dan hias Tempat Kerja Seperti Rumah Anda
Hiasi tempat kerja anda supaya kelihatan menarik dan kemas. Pastikan tempat kerja anda mempunyai suasana yang selesa untuk meningkatkan motivasi dan kualiti untuk anda melaksanakan kerja.
               
3. Bina Sistem Sokongan
Eratkan hubungan antara anda dengan rakan sekerja. Ingat! Rakan sekerja merupakan individu yang anda temui setiap hari. Oleh itu, pembinaan sistem sokongan ini amat penting bagi membantu anda untuk berkongsi pendapat dan emosi untuk mengurangkan tekanan yang dialami.
                   
4. Lakukan Senaman Ringan
Lakukan senaman ringan dan mudah sekiranya anda sudah lama berada dalam posisi yang sama. Alihkan perhatian anda dari skrin komputer setiap 30 minit. Dengan melakukan pergerakan badan dapat meningkatkan pengaliran darah dan akan membantu otak anda untuk terus fokus. Pergerakan yang kerap juga bagus untuk tulang belakang dan juga mata anda kerana ketegangan pada bahagian-bahagian ini boleh menyumbang kepada stress.
               
5. Bersikap Positif
Amalkan sikap positif di tempat kerja dan berikan senyuman anda kepada sekeliling bagi menimbulkan semangat dan keakraban. Di samping itu, dapat membina suasana kerja yang lebih menyeronokkan. 

Sila klik link di bawah untuk menonton video :
https://www.youtube.com/watch?v=Q-GLuydiMe4

               
SEKSYEN BIMBINGAN DAN KERJAYA STAF
PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
03-8947 1557

::TAZKIRAH - GALAKAN BERSEDEKAH::

Assalamualaikum Wbt,

RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.



Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: 
 
Perumpamaan orang yang bersedekah lalu menarik kembali sedekahnya itu hanyalah seperti anjing yang muntah lalu memakan muntahnya itu
 
(Hadis Riwayat Muslim)

Huraian:

Setiap anggota masyarakat hendaklah mengamalkan konsep berat sama dipikul ringan sama dijinjing di mana atas dasar persaudaraan, seorang saudara tidak akan sanggup dan tidak senang jika melihat saudaranya yang lain ditimpa kemudharatan. Dia tidak akan keberatan untuk membantu sedaya upaya bagi mengurangkan penderitaan mereka yang bernasib malang. Galakan bersedekah merupakan latihan jiwa atau rohani agar diri seseorang itu mempunyai perasaan halus (peka dan prihatin) dan sebagai tanda bersyukur di atas nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T.

Bersedekah hendaklah disertakan dengan niat yang ikhlas dan jangan menarik balik sedekah yang telah diberikan. Firman Allah yang bermaksud: 
 
 "Jika kamu menampakkan sedekah (mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada kaum fakir, maka menyembunyikannya itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapus dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahanmu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." 
 
(Al-Baqarah : 271)

Monday 17 March 2014

::TAZKIRAH - PENYEBAB MASUK SYURGA::



Assalamualaikum Wbt,
RENUNGAN PAGI UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.

Dari jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: 

Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka. 

(Hadis Riwayat Muslim)

Huraian:
  • Orang yang beriman sangat yakin akan rahmat dan pertolongan Allah S.W.T. Oleh itu mereka tidak pernah berputus harap dari rahmat-Nya kerana kasih sayang Allah tidak bertepi.
  • Dari Ibnu 'Abbas r.a. Rasulullah bersabda yang bermaksud:  " Allah S.W.T merahmati orang-orang yang dapat menjaga tutur katanya, mengenal masa (ketika dia hidup) itu dan istiqamah dalam hidupnya". (Hadis Riwayat al-Dailami)
    Pusat Islam Universiti
    UPM

    (SUMBER : JaKiM)