Wednesday, 2 April 2014

::KAPSUL PSIKOLOGI - TIP UNTUK MEMBACA MINDA ORANG::

               
TIP UNTUK MEMBACA MINDA ORANG
          
1. Perhatikan Bahasa Badan
       
· Apabila seseorang bersandar dengan tubuh mereka jauh dari anda, ini menunjukkan bahawa individu tersebut sedang mengalami tekanan.

· Selain itu, jika menyentuh dahi atau menggosok tapak tangan pada paha juga merupakan petunjuk seseorang itu mengalami tekanan.

· Jika seseorang menutup mata mereka untuk seketika (lebih lama daripada yang biasa), mengambil masa untuk membersihkan kerongkong mereka atau meminta untuk mengulangi soalan, tanda ini bermaksud mereka mungkin tengah melengahkan masa.

· Kekurangan atau tidak berpandangan mata, atau berkelip mata dengan berlebihan mungkin tanda-tanda bahawa seseorang itu berbohong atau berada dalam keadaan kebimbangan.

· Kekaburan deskriptif atau suara yang tergetar-getar menunjukkan tanda yang seseorang itu sedang menipu.

· Menyentuh bahagian depan leher bermakna seseorang itu cuba untuk melindungi diri mereka. Ia juga menunjukkan rasa tidak selesa, terutamanya di kalangan wanita.

· Penghembusan nafas yang panjang dan boleh didengari bermakna seseorang itu berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil.
                       
2. Banyak Berlatih
 
· Bagi mudah untuk belajar membaca minda ini, perbanyakkan latihan. Dengan adanya latihan ia akan jadi mudah untuk mengesan minda seseorang.
             
3. Masa
 
· Untuk mempelajari ilmu ini perlukan tempoh masa yang panjang. Sukar untuk disempurnakan dalam masa seminggu.
       
4. Dapatkan Maklumbalas
 
· Sentiasa dapatkan maklumbalas tentang ketepatan bacaan anda. Cara ini dapat membantu anda untuk tingkatkan kemahiran membaca minda seseorang.
           
SEKSYEN BIMBINGAN DAN KERJAYA STAF
PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

03-89471557

No comments:

Post a Comment