Thursday 31 October 2013

::TAZKIRAH PAGI - MEMBERI KETIKA ADA::


RENUNGAN PAGI UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: 

Sesiapa yang mempunyai kenderaan yang melebihi dari keperluannya sendiri hendaklah bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai kenderaan dan sesiapa yang mempunyai lebihan bekalan makanan hendaklah ia bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai apa-apa bekalan makanan. Selanjutnya baginda menyebut bermacam-macam lagi harta benda yang baginda teringat hingga kami lihat bahawasanya tidak ada seorang pun dari kami yang benar-benar mempunyai kelebihan. (Hadis Riwayat Muslim)

Huraian:

Islam menggalakkan umatnya supaya memberi pertolongan dan bantuan kepada orang-orang yang susah dan orang-orang yang memerlukan bantuan sama ada dari segi harta benda, kewangan dan sebagainya.

Hikmah bersedekah ialah untuk mengelakkan daripada mementingkan diri sendiri sebaliknya mengeratkan persudaraan didalam Islam.

Bagi golongan yang kaya yang mempunyai harta kekayaan yang banyak digalakkan bersedekah dengan memberi bantuan makanan kepada golongan yang amat memerlukan, bantuan basikal untuk kanak“kanak kesekolah atau apa-apa sumbangan yang diperlukan bagi meraka yang amat memerlukan.

::KAPSUL ZAKAT::


CARILAH KEBERKATAN DENGAN BERZAKAT

Firman Allah S.W.T.

"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
 

(at-Taubah : 103 ) 

"Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." 

 (al-Baqarah : 274)

Huraian :
 
Kenapakah dan bagaimanakah zakat melahirkan keberkatan? Jawapan yang mudah ialah kerana ia adalah anugerah Allah. Apabila Allah S.W.T. mengarahkan sesuatu syariat dilaksanakan, semestinya di sana wujud pelbagai hikmah dan kebaikan. Di antara hikmah disyariatkan zakat ialah untuk memperoleh kehidupan yang adil dan saksama.

Berkat itu hakikatnya adalah subjektif. Ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun dapat dirasai oleh mereka yang dipilih-Nya. Sebagai contoh, rumah tangga yang dibina aman damai, isteri menghormati suami, anak-anak mematuhi ibu ayah disamping rezeki yang diberi oleh Allah sentiasa mencukupi, maka itulah petanda keberkatan.