:: Jom intai SABAR dalam diri kita ::
Sabarkah
kita??? Pada ana sendiri lah, bukan senang nak bersabar ni, lebih-lebih
lagi kalau berhadapan dengan pelbagai isu dan masalah...Ramai yang
mudah berkata “sabar ye?” apabila orang lain ditimpa masalah, tapi
apabila diri sendiri diuji dengan ujian yang amat dahsyat, masihkah lagi
perkatan sabar dapat bertahan dalam diri???sabarkah kita pada waktu itu??
"Jika sabar itu mudah, tentu semua orang boleh melakukannya....betol tak???
Jika kamu mulai berkata, sabar itu ada batasnya, itu cukup mengenali
peribadimu belum mampu menetapi kesabaran, kerana sabar itu tak ada
batasnya. Batas kesabaran itu terletak, didekat pintu Syurga dalam
naungan keredhaan-Nya"...
~✿Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar...
Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:
•❤•“Allah sentiasa Mencintai orang-orang yang sabar” (surah Ali Imran, ayat 146),
•❤•“Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (surah al-Baqarah, ayat 153), dan
•❤•“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan
disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira” (surah az-Zumar, ayat
10).
>>>>Oleh itu, janganlah kita berputus asa
dalam rintangan yang kita terpaksa tempuh, tanamkan dalam diri sifat
sentiasa sabar sebab sabar itulah hikmah dan ganjaran besar bagi setiap
masalah. Kita akan mengeluh kalau kita diduga, namun percayalah.. Allah
itu maha kaya dan dia tahu setiap dugaan yang diberikan adalah mengikut
kemampuan hamba-hambanya...Allah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang
diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang
dikerjakannya......
>>>>Berdoalah moga kita
diberikan sifat sabar yang tinggi dalam setiap perkara yang kita
lalui...Bukankah???Ujian yang hebat untuk manusia yang hebat!!!!!
❤◕‿◕❤Renung-renungkan❤◕‿◕❤
No comments:
Post a Comment