HAWA , andai engkau masih remaja, jadilah anak yangg solehah buat
kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang
meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu
sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH…
HAWA,
andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah
janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan
dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana
aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka
tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya
nafsu kejahatan yang menguasai diri…
HAWA, lelaki yang baik tidak
melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui
keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya
serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik
akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling
penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak
menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia
takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang
warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam
sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.
Oleh
itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu,
kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam
untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari
kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang
memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik
beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
No comments:
Post a Comment