Lelaki Kacak bersama Jenazah.
Hadis yang Menarik
Rasulullah S.A.W bersabda :
'Bila seseorang lelaki itu mati dan
saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul
kacak di bahagian kepalanya.
Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di
antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang
ke rumah,...... 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan
cuba... memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki
yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah.
Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku.
Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu
ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh
meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan
bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan
bersedih.'
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya
daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari
sutera yang dipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'
No comments:
Post a Comment