::IKHTILAT IKHWAH DAN AKHAWAT, BERJAYAKAH KITA?::
Sesungguhnya
menjadi kewajipan bagi seseorang muslimin-muslimat yang beriman kepada
Allah dan Rasul itu menjauhi ikhtilat yang haram antara lelaki dan
perempuan. Hendaklah seseorang itu apabila telah cukup ilmu dan fahamnya
dan terlibatnya di dalam dakwah untuk memastikan dirinya jauh dari
ikhtilat (percampuran lelaki-perempuan) yang bukan mahramnya.... Perlanggaran batas-batas pergaulan muslimin-muslimat masih terjadi dan hal ini mungkin disebabkan kerana :
1. Belum mengetahui batas-batas pergaulan.
2. Sudah mengetahui, namun belum memahami.
3. Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan.
4. Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.
Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan
janggut, berkopiah ataupun dengan tudung labuh warna-warni. Kita sibuk
berhiaskan simbol-simbol front Islam namun lupa substans Islam. Kita
bersungguh belajar ilmu Islam namun tidak fokus pada pemahaman dan amal.
Aktivis sekular tidak lagi segan dengan kita!!!
Seorang
ustaz bercerita bahawa ada aktivis sekular yang berkata kepadanya, “
Ustaz, dulu saya respect pada Islamic student, pakai tudung labuh,
berkopiah kerana pandai menjaga pergaulan muslimin-muslimat, namun kini
mereka sama saja dengan kami. Kami jadi tak segan lagi.”
Ungkapan aktivis sekular di atas memalukan kita selaku jundi-jundi yang
ingin memperjuangkan agama-Nya. Menjaga pergaulan lelaki-perempuan
memang bukanlah hal yang mudah kerana fitrah lelaki adalah mencintai
wanita dan demikian pula sebaliknya. Hanya dengan keimanan yang kukuh
dan mujahadah sajalah yang membuat seseorang dapat istiqomah menjaga
batas-batas ini. Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat
masa kini
1. Tidak Menundukkan Pandangan ( Gadhul Bashar )
Bukankah ada pepatah yang mengatakan, “ Dari mana datangnya cinta ?
Dari mata turun ke hati”. Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan,
“Ah, tidak perlu gadhul bashar, yang penting kena jaga hati!” Namun,
bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tapi cukup sekadar
kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang
tidak syarie. Lelaki memandang wanita dengan penuh nafsu dan tidak alah
juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil “warak berbungkus”.
2. Couple
Duduk berdua di taman-taman, tepi-tepi malah ada yang lebih licik
dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’ ditempat2 yang
mencurigakan. Walaupun kebanyakan masyarakat pelajar Azhar mahupun
masyarakat arab tidak mempedulikan sebegini kerana menganggap
ustaz-ustazah yang berduaan ini sedang berdiskusi tentang Islam dan
tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah
langkah terbaik dan wajib bagi kita.
3. “Chop awal2” Untuk berkahwin
“Bagaimana, ustazah? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut
enti diambil orang.” Akhawat belum tamat belajar sehingga ‘dichop’
seorang ikhwah untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum
pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh
mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar,
malah akan berlanjutan ke tanah air. Bukankah Nabi sallahu Alihi
Wasallam sendiri melarang kita daripada ‘chop awal’ atau bertunang
terlalu lama. Dengan kata mudah ‘kalau rasa diri sudah berpunya dan
serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara keduanya
takut-takut terjerumus kekancah maksiat. Justeru, mana mungkin hubungan
suci suami isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah
kemaksiatan.’
4. Telefon Tidak ‘Urgent’
Menelefon dan
berborak tidak tentu arah yang tidak ada nilainya sama ada soal
pengajian mahupun atau soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya
khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat
tidak syarie tanpa batas, ana gusar apa akan kita jawab dihadapan Allah
nanti. Apa yang lebih malang, kita selaku daei, ulamak dan harapan
masyarakat di luar sana sebagai benteng terakhir umat Islam yang membawa
mandat besar selaku agen pengubah masyarakat, harus menunjukkan teladan
dan nama yang baik dengan mengenepikan sebarang salah laku
5. SMS Tidak ‘Urgent’
Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya
dengan da’wah, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya
kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah
sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan
melempiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya
dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah
tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.
6. Berbicara Mendayu-Dayu
Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap
dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian
lelaki. Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila
bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula. Jadilah mukmin
yang ‘gentleman’ dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam
erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi
tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.
7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak ‘Urgent’
YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin
menyampaikan hal2 penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik
perbicaraan melebar entah kemana dan tidak fokus pada da’wah kerana
khalwat secara maya mudah untuk berlaku. Firman Allah Subhanahu Wataala :
Rasulullah s.a.w bersabda,
“ Barangsiapa beriman kepada Allah
dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan
seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya
ialah syaitan.” (HR. Ahmad)
PenutuP
Ikhtilat Ikhwah dan Akhawat, seksiskah kita? Berdasarkan dalil-dalil
yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau ‘ikhtilat’
di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan
adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa. Maka sewajarnya ke
atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan hariannya dengan kaum Adam.
Ini kerana ‘ikhtilat’ yang melanggar batas2 syariat akan menyebabkan
fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di dalam kalangan masyarakat
Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.
Jadilah lelaki yamg mampu membela dan memimpin kaum hawa ke jalan yang
membawa mereka ke syurga.
p/s:: Bukankah sekiranya kita
sayangkan seseorang, sayang kita akan lebih bermakna jika kita sama2
memperoleh syurga. Mana mungkin lafaz sayang dan kasih kita terpalit
lumpur yang natijahnya adalah neraka. Lupakan persoalan salah siapa
antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, Ikhtilat
antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Adakah kita terlibat
sama?. Jangan sampai suatu masa anak cucu kita mentertawakaN dan
menghukum kita lantaran salah laku yang kita adakan hari ini. Wallahu
‘alam::
No comments:
Post a Comment