Tuesday, 15 November 2011

::NAMA MU KAH YANG TERTULIS DI LUH MAHFUZ SANA?? ::

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?

Aduhai ADAM

Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Andainya kau bisa menjwabnya.....

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan,
Kerna jawapannya bukan di tanganmu,
Tetapi di tangan-Nya.
Di tangan Tuhan kita; Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu.

Gelisahku memikirkan dirimu,
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku,

Aduhai ADAM,
Maafkan aku,
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu.

Jemput diriku pabila waktunya tiba,
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia,
Akan kucipta cinta bersama Dia,
Sebelum kucipta cinta antara kita.

Jadilah dirimu kumbang yang hebat,
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar,

Untuk itu, Aku tinggalkan dirimu pada-Nya

Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu,
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya,
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.

Usah bersedih atas perpisahan sementara ini,

Jika benar aku tercipta untukmu,
Tiada apa yang dapat menghalangnya,
Sebelum saat itu tiba,
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan,
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap.

Yakinlah pada janji Allah!
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga) [Surah An Nur: 26]

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu,
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata,
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti.

Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu,
Daripada yang sekarang (permulaan),
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
Lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Surah Ad dhuha: 4 & 5]

Beruntunglah kamu!
Tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita

Allah memilihmu!
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini.

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[Surah As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Surah Fussilat: 30]

Dan tika kamu merasa lemah,
Mohonlah kekuatan dari-Nya,
Allah itu dekat,
Yakin pasti.

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
Maka mohonlah perlindungan kepada Allah,
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Surah Fussilat: 36]

Kamu dan aku adalah intan terpilih,

Berdoalah aku kuat dan tabah untuk menjaga kilauanku,
Berdoalah tiada sang kumbang durjana merosakkannya sebelum yang halal tiba,
Aku juga sentiasa mendoakanmu agar dalam peliharanya,
sentiasa,amin
 
 

::WARKAH BUAT HAWA::

HAWA , andai engkau masih remaja, jadilah anak yangg solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH…

HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri…

HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

::ANTARA BUNGKUSAN DAN ISINYA::

(¯`v´¯) Bezakan apa itu Bungkusan & apa itu Isinya,
`·.¸.·´`·.¸•*¨¨*•.¸¸♥`·.¸.¸¸.•*♥
✿ Rumah yg indah hanya bungkusan.
Keluarga Bahagia itu isinya......

✿ Pesta nikah hanya bungkusan.
Cinta kasih, pengertian dan Kesetiaan itu isinya. ...

✿ Kecantikan hanya bungkusan.
akhlak itu isinya....

✿ Bicara itu hanya bungkusan.
Perbuatan nyata itu isinya....

✿ Buku hanya bungkusan.
Pengetahuan itu isinya....

~ Utamakanlah isi,
namun rawatlah bungkusnya....(^_^)

::HATI YANG SEDIH::

MULUT TerSENYUM namun MATA berair bagaikan menahan AIR MATA, MATA TAK BOLEH TIPU !!! MATA mula menitiskan AIR MATA...

MULUT Terus SENYUM unTuk menutupi keSEDIHan MATA... HATI mula TerLUKA..
AKAL berfikir, kenapa MULUT Tidak mahu bersuara apa yang dirasai HATI?...

Lantas MULUT pun menjawab" Aku malu,sedih,kecewa & marah disebabkan iTu aku merahsia keSEDIhan ini Dan aku juga tidak mahu mereka disekeliling bersedih disebabkan mendengar kata-kataku ini dan aku hanya mahu senyum."

Akhirnya AKAL pun Tahu jawapan kenapa MULUT xnak mereka Tahu keSEDIHannya...lalu HATI Terkejut apabila mendpt tahu kenapa mulut senyum...

MATA pula, Terus menangis x berhenti-henti kerana Tak dapat menahan keSEDIHan yang ditanggung selama ini...

P/S: bersabar duhai hati yang tengah bersedih...

Jangan lah bercinta kerana nafsu....


Ath-Thabarani meriwayatkan, Nabi saw. bersabda :
 
Awaslah kamu dari bersendirian dengan wanita, demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang lelaki yang bersendirian (bersembunyian) dengan wanita malainkan dimasuki oleh syaitan antara keduanya.

Dan seorang yang berdesakkan dengan babi yang berlumuran lumpur yang basi lebih baik daripada bersentuhan bahu dengan bahu wanita yang tidak halal baginya.
p/S: Hal nie bukan lah hanya mereka2 yg berpasangan...tetapi kadang2 kita tak sedar bahawa kawan baik kita juga adalah haram berduaan walaupun kita menafikannya...

CINTA SEBELUM KAHWIN???

-renungan bersama-

Hati-hati dengan pertunangan (istilah berlapik ganti 'couple'),
Hati-hati dengan cinta sebelum kahwin.

Mula-mula ustaz-ustazah,
Kemudian awak-saya,
Kemuncaknya abang-ayang / nama sendiri)

Ia bukan sekadar panggilan di bibir mungil,
tapi akan turun ke hati jadi cair macam jus koktil,
kemudian turun lagi bawah memanggil manggil.

Sekarang zaman sudah moden. Iblis juga sudah moden. Syaitan sudah tak guna perangkap keluar dating atau pegang tangan,
Tapi guna perangkap FB dan balas mesej / calling-calling dengan handset yang skrin luar tulisan Allah tapi dalam 'masyaAllah'.

Mungkin alasannya "saya kejut dia subuh saja". Atau
"saya selalu bagi nasihat agama pada tunang saya".

Alasannya, mesej Islamic,
FB Islamic,
Handset Islamic,
Skype Islamic,
Alasan lagi, "sebelum mesej saya siap bagi salam dengan lafaz penuh, ASSALAMUALAIKUM lagi".
Heheh, apa nak hairan, syaitan pernah direct bicara dengan Tuhan. Jadi jangan bangga dan rasa selamat dengan topeng islamik tapi penuh polemik.

waktu cakap, sebut ukhuwwah islamiah, waktu mesej tulis 'muah muah'.
waktu cakap , "apa yang boleh ana bantu?", waktu mesej, I love u.

jangan ingat iman dah power,
sebab iblis lagi senior.

Iblis tak pilih bulu nak menangguk,
Orang awam tunduk,
Ustaz ustazah pun kemaruk.

JADI, HATI-HATI DENGAN PERTUNANGAN, HATI-HATI DENGAN CINTA SEBELUM KAHWIN.

p/s : jatuh hati xpe sbb fitrah, tp kena pandai kawal hati agar jgn nafsu yg kawal hati, tp iman yg kawal hati.
Jika tidak sanggup untuk bergelar suami atau isteri tidak usah berkahwin dulu.

Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu atau pun ayah,
belajarlah dulu.

Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dengan kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Adakah kita masih terus melakukan kebaikan tersebut atau kita meninggalkannya?

Apabila kita melakukan kebaikan yang terlihat oleh orang lain, pasti akan ada yang mengatakan, “wah, baguslah!” “awak memang baik” “jarang jumpa orang macam awak” “Hebatnya!” “Wah, ramainya orang like status kau!”.

Paling tidak pun, akan ada yang tersenyum menandakan sebuah penghargaan diberikan kepada kita. Lantas kita menjadi termotivasi dan bersemangat untuk terus melakukan kebaikan. Kita merasakan ada nilainya kebaikan tersebut pada pandangan mata manusia.

Bagaimanakah pula keadaannya apabila ada yang mengatakan “eleh, tu nak tunjuk baik la tu” “buang masa awak saja buat macam tu” “jangan buat macam tu lagi lain kali!”, apakah kesannya kepada diri kita?

Adakah kita masih terus melakukan kebaikan tersebut atau kita meninggalkannya?