Thursday 10 April 2014

::KAPSUL PSIKOLOGI – PENGURUSAN KEMARAHAN::

               
PENGURUSAN KEMARAHAN: 10 TIPS UNTUK MENJINAKKAN KEMARAHAN ANDA (PART 2)
                 
6. Gunakan Kenyataan Yang Bermula Dengan "SAYA" 
 
 - Untuk mengelakkan daripada mengkritik atau menyalahkan orang lain, gunakan kenyataan atau ayat yang bermula dengan "SAYA" ketika menerangkan masalah tersebut. 

 - Hormati pandangan dan emosi orang lain dan jadi spesifik tentang perasaan anda. 

 - Sebagai contoh, katakan, "SAYA kecewa atau sedih apabila anda meninggalkan meja tanpa menawarkan bantuan untuk membasuh pinggan." dan bukannya , " Anda tidak pernah melakukan apa-apa kerja-kerja rumah."
                      
7. Jangan Memegang Dendam
 
 - 'Memaafkan' adalah alat yang berkuasa. 

 - Jika anda membenarkan kemarahan dan perasaan negatif kuasai dan melampaui perasaan positif anda, anda mungkin mendapati diri anda ditelan oleh rasa kepahitan dan ketidakadilan anda sendiri. 

 - Tetapi jika anda boleh memaafkan seseorang yang menimbulkan kemarahan anda , anda dan orang tersebut mungkin belajar sesuatu daripada keadaan tersebut. 

 - Ia tidak realistik untuk mengharapkan semua orang berkelakuan seperti yang anda mahu pada setiap masa.
                   
8. Berjenaka Untuk Melepaskan Ketegangan 
 
 - Meriangkan diri boleh membantu untuk melepaskan ketegangan. 

 - Jangan gunakan sindiran,ia hanya berfungsi untuk menyakiti perasaan orang lain dan memburukkan lagi keadaan.
                     
9. Latih Diri Dengan Teknik Relaks Diri 
 
 - Apabila anda berasa marah, gunakan kemahiran relaks diri anda. 

 - Lakukan senaman pernafasan dalam (deep breathing techniques), bayangkan keadaan yang santai, atau mengulangi perkataan atau frasa yang menenangkan, seperti, "Tenagkanlah diri." 

 -  Anda juga boleh mendengar muzik, menulis dalam jurnal atau melakukan yoga, apa-apa sahaja yang menggalakkan perasaan yang relaks.
                     
10. Tahu Bila Anda Patut Mnedapatkan Bantuan 
 
 - Belajar untuk mengawal kemarahan adalah satu cabaran bagi semua orang pada masa ke semasa. 

 - Pertimbangkan untuk cari bantuan untuk isu-isu kemarahan jika kemarahan anda seolah-olah berada di luar kawalan, dan menyebabkan anda melakukan perkara yang anda menyesal atau menyakitkan orang di sekeliling anda . 

 - Anda boleh menghadiri kelas pengurusan kemarahan tempatan atau hadiri kaunseling untuk membantu dalam pengurusan kemarahan.
                         
Dengan bantuan profesional, anda boleh: 
 
1. Belajar apakah kemarahan.
2. Kenal pasti apa yang mencetuskan atau sumber kemarahan anda.
3. Kenali tanda-tanda bahawa anda menjadi marah.
4. Belajar untuk bertindak balas terhadap kekecewaan dan kemarahan dalam cara yang terkawal dan sihat.
5.  Meneroka perasaan asas, seperti kesedihan atau kemurungan.
                       
Kelas pengurusan kemarahan dan kaunseling boleh dilakukan secara individu, dengan pasangan anda, ahli keluarga yang lain, atau dalam satu kumpulan. Minta rujukan daripada doktor anda untuk kaunselor pakar dalam pengurusan kemarahan, atau meminta ahli keluarga, rakan-rakan atau kenalan lain untuk cadangan.
                         
Antara Cara Untuk Menangani Kemarahan Anda :
http://www.youtube.com/watch?v=9LZ35Ar3r2k
Sumber Rujukan :
http://www.mayoclinic.org/healthy-living/adult-health/in-depth/anger-management/art-20045434?pg=2
             
SEKSYEN BIMBINGAN DAN KERJAYA STAF
PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

No comments:

Post a Comment