PENGURUSAN KEMARAHAN: 10 TIPS UNTUK MENGAWAL KEMARAHAN ANDA (BAHAGIAN 1)
1. Ambil Masa
- Mengira 1 hingga 10.
- Sebelum bertindak balas kepada keadaan tegang, ambil sedikit masa untuk menarik nafas dan mengira hingga 10.
- Perlahan diri, ia boleh membantu meredakan kemarahan anda.
- Jika perlu, berehat dan jauhkan diri daripada orang atau keadaan sehingga kekecewaan anda reda sedikit.
2. Setelah Bertenang, Luahkan Kemarahan Anda
- Sebaik sahaja anda berfikir dengan jelas, nyatakan kekecewaan anda dengan cara yang tegas tetapi secara tidak berkonfrontasi.
- Beritahu kebimbangan dan keperluan anda dengan jelas dan secara langsung, tanpa mencederakan orang lain atau cuba untuk mengawal mereka.
3. Buat Senaman
- Aktiviti-aktiviti fizikal boleh berfungsi sebagai saluran keluar emosi anda, terutamanya jika anda hampir nak "meletup".
- Jika anda rasa kemarahan anda naik, pergilah berjalan-jalan, berlari atau meluangkan masa dengan melakukan aktiviti fizikal kegemaran anda yang lain.
- Aktiviti fizikal merangsang otak dan boleh menyebabkan anda berasa lebih bahagia dan lebih tenang.
4. Fikir Sebelum Bercakap
- Apabila anda dalam keadaan yang marah, ia adalah sungguh mudah untuk mengatakan sesuatu yang akan anda kesali kemudian.
- Ambil sedikit masa untuk berfikir sebelum berkata apa-apa.
- Benarkan orang lain yang terlibat dalam keadaan tersebut untuk melakukan perkara yang sama.
5. Kenal Pasti Penyelesaian
- Daripada memberi fokus kepada apa yang menjadikan anda marah, fokus pada penyelesaian isu-isu tersebut.
- Adakah bilik anak anda yang tidak kemas merimaskan anda? Tutuplah pintu itu.
- Adakah pasangan anda lewat untuk makan malam setiap malam? Tetapkan jadual makanan pada waktu yang lewat sedikit atau bersetuju untuk makan secara tersendiri beberapa kali seminggu.
- Ingatkan diri anda bahawa kemarahan tidak akan menyelesaikan apa-apa, dan ia hanya memburukkan keadaan.
Teknik Menangani Kemarahan :
http://www.youtube.com/watch?v=BsVq5R_F6RA
Sumber rujukan :
http://www.mayoclinic.org/healthy-living/adult-health/in-depth/anger-management/art-20045434
SEKSYEN BIMBINGAN DAN KERJAYA STAF
PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
No comments:
Post a Comment