
RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.
Dari Abu Said al-Khudri r.a, dari Nabi S.A.W, baginda telah bersabda yang maksudnya:
Dari Abu Said al-Khudri r.a, dari Nabi S.A.W, baginda telah bersabda yang maksudnya:
Mana-mana orang mukmin yang memberi makan kepada
seorang mukmin semasa ia lapar, nescaya Allah memberi makan kepadanya
pada hari kiamat dari buah-buahan Syurga;
dan mana-mana orang mukmin
yang memberi minum kepada seorang mukmin semasa ia dahaga, nescaya Allah
memberi minum kepadanya pada hari kiamat dari minuman syurga yang
tersimpan dengan sebaik-baiknya;
dan mana-mana orang mukmin yang memberi
pakai kepada seorang mukmin semasa ia memerlukan pakaian, nescaya Allah
memberi pakaian kepadanya dari pakaian syurga.
(Hadis Riwayat
at-Tirmidzi )
Huraian:
Huraian:
- Islam memberi galakan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk bagi meringankan beban yang ditanggung lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.
- Perbuatan memberi dengan diiringi hati yang tulus akan membuatkan hati seseorang berasa tenang dan damai.
- Pemberian memerlukan penerimaan, pemberian yang tulus juga memerlukan penerimaan yang tulus. Sesuai dengan sabda Rasulullah S.A.W, bahawa tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah, maka memberi adalah lebih baik daripada menerima.
- Berusahalah untuk lebih banyak memberi daripada menerima pemberian orang lain.
PUSAT ISLAM UNIVERSITI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
(SUMBER : JaKiM)
No comments:
Post a Comment