
RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Tidak sampai seseorang hamba
ke peringkat golongan orang bertaqwa, sehinggalah ia tidak melakukan
perkara-perkara yang dilarang dan sentiasa berhati-hati daripada
melakukan perkara-perkara yang menimbulkan keraguan (perkara-perkara
Syubhat)."
(Hadis Riwayat: at-Tirmizi)
Huraian:
Huraian:
- Untuk mencapai ke tahap taqwa seseorang itu hendaklah meninggalkan perkara-perkara yang meragukan.
- Umat Islam diingatkan supaya berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara lebih-lebih lagi berkaitan dengan sesuatu yang haram.
- Seseorang itu belum lagi dikira bertaqwa, selagi masih melakukan
perkara-perkara yang syubhat, kecuali apabila ia meninggalkan
perkara-perkara yang haram dan syubhat tersebut, serta beramal dengan
melakukan segala yang disuruh dan meninggalkan perbuatan yang dilarang
oleh agama Islam.
PUSAT ISLAM UNIVERSITI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
(SUMBER : aL-HaDiS)
No comments:
Post a Comment