Monday, 2 December 2013

::TAZKIRAH - SUNAT BAGI YANG SANGGUP::





RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.

Dari Abdullah r.a katanya:�Rasulullah s.a.w bersabda:
 
�Hai para pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah sanggup memikul tanggungjawab berumahtangga, maka kahwinlah! Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari dosa). Siapa yang belum sanggup, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi.
 
(Hadis Riwayat Muslim)
Huraian:
 
Pendapat Jumhur Ulama': Perkahwinan dianggap sunat apabila seseorang lelaki itu berada dalam keadaan normal iaitu tiada apa-apa kebimbangan atau kemungkinan pada dirinya untuk melakukan zina sekali pun ia memilih untuk terus membujang dan tidak berkahwin. Di samping itu juga tiada kebimbangan atau kekhuatiran pada dirinya untuk melakukan kezaliman dan kekerasan terhadap isterinya jika dia berkahwin.

Pendaoat Imam Syafie: Bagi perkahwinan seseorang lelaki yang berada dalam keadaan normal hukumnya adalah harus, iaitu dia bebas menentukannya sendiri sama ada memilih untuk terus berkahwin atau tidak.

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
(SUMBER : aL-HaDiS)

No comments:

Post a Comment