RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:
“Persamakan antara anak-anak kamu dalam pemberian”.?
(Hadis Riwayat At-Tabrani)
Huraian:
Huraian:
Kasih sayang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan makhluk yang melata di muka bumi ini sama ada yang bergelar insan atau pun binatang. Begitu juga dengan ibu bapa terhadap anak-anak. Mereka hendaklah berlaku adil kepada anak-anak dalam setiap perkara, terutamanya dalam memberikan kasih sayang. Elakkanlah daripada berlaku penderaan emosi yang disebabkan oleh sikap pilih kasih dan sebagainya.
Rasulullah SAW pernah berpesan bahawa tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi orang lain sebagaimana dia mengasihani dirinya sendiri. Apa yang dia suka diperlakukan ke atasnya dan apa yang dibenci berlaku terhadap dirinya. Maka perkara yang sama juga mesti terjadi pada ibu bapa terhadap anak masing-masing.
Anak-anak memerlukan bimbingan daripada ibu bapa namun begitu ia tidak bererti bahawa anak-anak mesti dimanjakan dan diberi apa yang dimahukan oleh mereka tetapi mestilah disulami dengan aspek ketegasan yang bersesuaian dengan masa dan keadaan.
PUSAT ISLAM UNIVERSITI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
(SUMBER : JaKiM)
No comments:
Post a Comment