RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
�Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu
dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di
mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.�
(Hadis Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi).
Huraian:
Islam sangat
menghargai dan mengangkat kedudukan ilmu dan ulama sangat tinggi dan
mulia.
Allah S.W.T telah berfirman:
"... nescaya Allah akan meninggikan
orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu
pengetahuan beberapa darjat..."
(Al Mujaadalah [58].
Kerana kedudukan ilmu yang sedemikian tingginya, maka Islam mewajibkan umatnya untuk mempelajari ilmu, sehingga diharapkan mereka bekerja berdasarkan ilmunya, bukan sekadar mengikuti seseorang tanpa tujuan.
Berjihad dalam ilmu maksudnya ialah bersungguh-sungguh membentuk masyarakat dari segi ilmu pengetahuan dan peradaban yang berguna serta memberikan gambaran yang betul tentangnya tanpa merasa iri hati atau tamak kerana orang yang memberikan ilmu berupa petunjuk akan dikurniakan balasan pahala dan kebaikan sama seperti orang yang mengamal ilmu tersebut.
PUSAT ISLAM UNIVERSITI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
(SUMBER : JaKiM)
No comments:
Post a Comment