Tuesday 17 December 2013

::TAZKIRAH - NILAI- NILAI ISLAM YANG PALING UTAMA::


RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.



Abdullah Ibnu Umar r.a menceritakan bahawa seorang lelaki berkata kepada nabi SAW : 
 
Manakah amalan Islam yang paling baik? Nabi menjawab; Engkau memberikan makanan kepada orang-orang miskin dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang telah engkau kenal dan kepada orang yang belum engkau kenal.� 
 
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian:
 
Rasulullah SAW menerangkan bahawa sebaik-baik amalan dalam syariat Islam ialah memberi makan dan bermurah hati kepada fakir miskin sama ada dengan cara menjamu mereka atau sebagainya serta mengucapkan salam sama ada kepada orang yang kita kenal atau kepada orang yang belum kita kenali. Dengan perkataan lain kita tidak boleh mengkhususkan salam hanya kepada individu-individu tertentu sahaja sebaliknya hendaklah diucapkan salam itu kepada sesiapa sahaja dari kalangan umat Islam kerana semua umat Islam adalah bersaudara.

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
(SUMBER : aL-HaDiS)

No comments:

Post a Comment