Nabi s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan Malaikatnya pula
mendoakan bagi orang-orang yang masuk menutup celah-celah saf
sembahyang serta orang-orang yang merapatkannya; dan orang yang masuk
menutup celah saf sembahyang itu (akan beroleh satu tambahan lagi,
iaitu) diangkatkan Allah martabatnya dengan perbutannya yang tersebut:
satu darjat."
(Hadis Riwayat Aisyah r.a)
Huraian:
Huraian:
Solat berjamaah adalah lebih besar ganjarannya daripada bersolat seorang diri dengan 27 kali ganda pahalanya.
Setiap saf mestilah disusun dengan sempurna iaitu rapat dan penuh serta tidak terputus-putus.
Orang-orang yang mengambil berat tentang barisan (saf) sembahyang jemaah yang disertainya dijanjikan balasan rahmat dari Allah S.W.T serta malaikat mendoakan kebaikan untuk dirinya malah orang yang masuk menutup celah-celah saf sembahyang akan diangkat lagi martabatnya dengan satu darjat.
No comments:
Post a Comment