RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
�Bukankah aku telah memberitahu kamu
semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang
diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat
dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut
serta mudah dibawa berunding.
(Hadis Riwayat at-Tarmizi)
Huraian:
Huraian:
Setiap Muslim hendaklah sentiasa bergaul rapat dengan masyarakat dengan menggunakan budi bahasa yang lembut, selalu bertolak ansur, tolong menolong dan bantu membantu dan tidak melakukan perkara-perkara yang menimbulkan sakit hati orang lain dan mendatangkan dosa seperti berbuat khianat, merompak, menipu dan seumpamanya.
Jika baik akhlak seseorang itu maka dia akan selamat daripada balasan api neraka dan begitulah sebaliknya kerana baik buruknya seseorang terletak pada sejauhmana pandangan masyarakat umum terhadap dirinya selain daripada penilaian yang dihitung oleh Allah S.W.T sendiri.
PUSAT ISLAM UNIVERSITI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
(SUMBER : JaKiM)
No comments:
Post a Comment