MENURUT takwim, pada Ahad depan akan bermulalah Ramadan. Hanya seminggu sahaja lagi umat Islam akan memulakan ibadat puasa yang wajib selama sebulan.
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, (iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka sesiapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu): memberi makan seorang miskin. Sesiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, sesiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan sesiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur. - Al Baqarah 2: 183 - 185
Sempena kedatangan Ramadan, hamba ingin menceritakan kisah seorang sahabat. Baginya Ramadan amat istimewa yang sentiasa ditunggunya dengan kerinduan.
Si sahabat ini pada zaman mudanya telah melalui kehidupan jahiliah, walaupun dia dilahirkan sebagai seorang Islam. Dia tidak menunaikan solat lima waktu, tidak berpuasa dan melakukan pelbagai perbuatan yang dilarang. Walaupun kehidupannya dipenuhi dengan noda dan dosa, jauh di lubuk hatinya beliau masih percaya wujudnya Allah Yang Maha Esa.
Pada suatu hari ketika usianya menghampiri 30 tahun, dia telah menemani seorang temannya yang menemubual seorang lelaki yang dikatakan sedang menyebarkan ajaran sesat. Si temannya itu bertugas sebagai pemberita dengan sebuah akhbar.
Tiba di rumah lelaki itu, mereka dijemput duduk di kerusi berhadapan meja makan. Di atas meja itu terdapat senaskah al Quran. Lelaki yang dikatakan mengajar ajaran sesat itu duduk di seberang meja, berhadapan dengan mereka.
Menurut si sahabat hamba itu, beliau masih ingat sampai sekarang kata-kata mukadimah lelaki itu.
''Saudara-saudara tahu ini (sambil menunjukkan ke al Quran di hadapan mereka). Banyak orang menuduh orang lain sesat, sedangkan mereka tidak pun membaca kitab ini. Kebanyakan orang tidak pernah melihat sama ada diri mereka sendiri sesat," kata lelaki itu.
No comments:
Post a Comment