AYAT Kursi (ayat 255) adalah sebahagian ayat yang dipetik dari surah al-Baqarah. Ia diturunkan setelah berlakunya hijrah Rasulullah SAW serta umat Islam. Lantaran keistimewaan serta manfaat yang besar bagi sesiapa yang mengamalkan ayat tersebut dalam apa jua keadaan, maka Rasulullah SAW telah mengarahkan Zaid bin Tsabit menulis ayat berkenaan serta menyebarkannya kepada masyaakat Islam.
KEISTIMEWAAN AYAT AL-KURSI
1. Didalam kitab Assarul Mufidah, menerangkan, sesiapa yang mengamalkan membaca ayat Kursi, setiap hari sebanyak 18 kali, InsyaAllah, akan dibukakan dadanya dengan berbagai-bagai hikmah, dimurahkan rezeki, dinaikkan martabat atau darjatnya dan diberikan pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya. Malah seseorang itu akan terpelihara dari segala bencana dengan izin Allah.
2. Dari Anas bin Malik r.a. berkata," Rasulullah saw bersabda, "Apabila seseorang umat ku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak 3 kali, dan pada hari kiamat ia akan dibari mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."
3. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpeliharalah dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilanglah rasa marahnya.
4. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan Khusyuk setiap kali selepas solat fardu, pagi dan petang, setiap kali hendak keluar dan masuk rumah, atau ketika bermusafir, insyaAllah akan terpelihara dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak2 dan harta bendanya.
5. Abdurahman bin Auf menerangkan apabila dia masuk ke rumah dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumah dan mengharapkan, ia menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
6. Syeikh al-Buni menerangkan:Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaAllah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal. Malah menunaikan segala hajat, melapangkan fikiran, dimudahkan rezeki, menghilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntut.
7. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menjelaskan, sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak 1000 kali dalam sehari semalam, selama 40 hari, demi Allah, demi Rasul, demi al-Quran yang mulia, Tuhan akan membuka baginya pandangan rahani, dihasilkan yang dimaksudkan dan diberi pengaruh kepada manusia.(dari kitab Khawasul Quran)
8. Imam Jaafar Shadiq r.a. menjelaskan, sesiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghidangkan 1000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali azab api neraka.
9. Jika berpindah rumah baru, disarankan pada malam pertama menduduki rumah tersebut, dibacakan ayat Kursi dengan harapan Allah melindungi diri dan keluarga dari sebarabg gangguan lahir dan batin.
10. Mereka yang menbaca ayat Kursi ketika dalam kesempitan, insyaAllah akan mendapat bantuan dari Allah.
11. Mereka yang membaa ayat Kursi di akhir setiap solat, tidak menegah akannya untuk masuk syurga kecuali maut dan sesiapa membacanya ketika hendak tidur, Allah akan memelihara diri, rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah di sekitarnya.
12. Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk akan menyebabkan jin dan syaitan terbakar.
13. Mengamalkan bacaan ayat Kursi, akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
MENUMPUKAN PERHATIAN TERHADAP PENGABDIAN DIRI KEPADA ALLAH
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi Muhammad saw bersabda,
"Allah swt berfirman,
" Wahai anak Adam! Luangkanlah diri kamu untuk beribadat, nescaya Aku akan penuhkan dada kamu dengan kecukupan, dan Aku menutup kefakiran kamu. Jika kamu tidak melakukannya nescaya Aku akan membuatkan diri kamu sentiasa dalam keresahan dan Aku tidak menutup kefakiran mu."(Riwayat al-Tarmizi)
No comments:
Post a Comment