Tuesday, 5 July 2011

GAYA 12M - BERHENTI MEROKOK!!!!


Terdapat beberapa cara atau tips yang boleh digunakan untuk menjana pemikiran positif di samping membuat modifikasi tingkahlaku dengan mengikut gaya 12M:

  1. Melengah-lengahkan seorang perokok yang ingin berhenti merokok perlu mengamalkan sikap melengah-lengahkan untuk mengambil rokok. Peringkat awal mungkin 5minit, 10minit dan seterusnya. Relevennya, dengan cara ini, perokok mula mengurangkan batang rokok hari demi hari.
  2. Menarik nafas panjang apabila perokok terasa ketagihan itu datang, amalkan menarik nafas. Tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan. Relevennya, dengan menarik nafas, oksigen akan disedut dan akan mengurangkan ketagihan tersebut.
  3. Minum air banyak terutamanya air masak dalam mengharungi tempoh percubaan berhenti merokok. Air masak mengandungi oksigen yang banyak. Dalam tempoh tersebut elakkan atau berpuasa daripada meminum air teh dan kopi. Relevennya, air teh dan kopi mengandungi kafein. Kafein merupakan penggalak kepada ketagihan yang sama dengan fungsi nikotin dalam rokok. Apabila meminum minuman yang berkafein, ketagihan rokok akan semakin kuat.
  4. menyibukkan diri membuat sesuatu kerja bagi mengalihkan fikiran dari ketagihan merokok. Relevennya, ketagihan rokok adalah disebabkan oleh fungsi otak yang memberi isyarat ketagihan. Jadi dengan menyibukkan diri dengan membuat sesuatu, fungsi otak akan lebih dominan kepada membuat kerja, maka ketagihan akan hilang.
  5. Menjauhkan diri dari orang merokok. Katakan taknak apabila ada kawan yang mempelawa. Relevennya, tabiat merokok juga berpunca dari pengaruh persekitaran. Hal ini kerana asap yang dihidu boleh menyebabkan ketagihan.
  6. Memberitahu kepada orang lain anda ingin berhenti merokok. Relevennya, mereka boleh menjadi penasihat kepada kita sekiranya kita terasa ingin merokok.
  7. Mengunyah sesuatu seperti gula-gula. Relevennya bahan2 tadi boleh menjadi pengganti kepada rokok.
  8. Kerapkan berwuduk ketika ketagihan. Relevennya, kita dapat mengalih perhatian kita daripada merokok justeru dapat melakukan ibadah sunat. Wuduk juga adalah konsep bersuci.
  9. Mandi dengan kerap. Relevennya dapat menghilangkan bau rokok yang menyebabkan ketagihan.
  10. Melakukan senaman seperti regangan otot. Relevennya, badan akan menjadi lebih segar dan menghindar ketagihan.
  11. Memberus gigi selepas makan. Relevennya, mulut akan menjadi bersih dan terhindar dari keinginan merokok kerana kebiasaannya kimia didalam rokok menjadi penyegar mulut selepas makan.
  12. Berdoalah kepada Allah agar segala yang diusahakan akan mendapat keberkatan untuk berhenti merokok.
 Sumber dari: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
 

No comments:

Post a Comment