Sunday, 31 July 2011

GOSIP????

KALAU KITA SENDIRI TGK...MANUSIA NIE MMG X TERLEPAS DARIPADA BERGOSIP...KN2...

BERGOSIP bukan amalan yang sihat namun masih ramai yang berdepan kesukaran untuk menghindarinya. Walaupun minda mengarahkan kita supaya tidak mendengar perbualan tentang orang lain, arahan itu seperti tidak dipedulikan, malah kita menjadi semakin teruja untuk mendengar gosip tersebut, lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan orang yang kita kenali.

Hanyut dalam lingkaran gosip memang susah untuk dibuang. Salah satu penyebabnya adalah sistem visual manusia yang telah diprogram untuk fokus kepada gosip negatif yang kita dengar. 

Selain itu, minda manusia lebih mudah untuk mengingati gosip yang negatif berbanding perkara baik. 

“Secara semula jadi, manusia lebih sensitif kepada informasi yang mungkin berpotensi mengancam kehidupan kita,” beritahu pakar sains neuro dari California, Amerika Syarikat, Irving Biederman. 

Tambahnya lagi, walaupun topik dalam gosip itu mengenai orang lain, misalnya pertelingkahan antara rakan sepejabat, kita akan menjadi semakin teruja untuk mendengarnya.

Kajian sebelum ini menunjukkan manusia cenderung untuk menghakimi dan senang bercakap tentang orang lain. 

Walaupun gosip telah lama berada dalam lingkungan sosial, tetapi manusia tidak lahir untuk bergosip. Walaupun kecenderungan itu ada, sebagai ibu bapa, kita perlu menjahi gosip dengan cara menjaga pertuturan dan mengelak daripada bercakap hal negatif orang lain.


JADI...SEMPERNA BULAN RAMADAN YANG MULIA NIE AK NASIHATKAN SUPAYA KITA KURANGKAN LAH BERCAKAP BENDA2 YG X BERFAEDAH....KALAU LEH X YAH CKP PON X PER....ELAK KAN DR DOSA.....

DENGAN INI AK MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM.....

No comments:

Post a Comment