Thursday, 31 October 2013

::KAPSUL ZAKAT::


CARILAH KEBERKATAN DENGAN BERZAKAT

Firman Allah S.W.T.

"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
 

(at-Taubah : 103 ) 

"Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." 

 (al-Baqarah : 274)

Huraian :
 
Kenapakah dan bagaimanakah zakat melahirkan keberkatan? Jawapan yang mudah ialah kerana ia adalah anugerah Allah. Apabila Allah S.W.T. mengarahkan sesuatu syariat dilaksanakan, semestinya di sana wujud pelbagai hikmah dan kebaikan. Di antara hikmah disyariatkan zakat ialah untuk memperoleh kehidupan yang adil dan saksama.

Berkat itu hakikatnya adalah subjektif. Ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun dapat dirasai oleh mereka yang dipilih-Nya. Sebagai contoh, rumah tangga yang dibina aman damai, isteri menghormati suami, anak-anak mematuhi ibu ayah disamping rezeki yang diberi oleh Allah sentiasa mencukupi, maka itulah petanda keberkatan.

Tuesday, 29 October 2013

::TAZKIRAH - CARA MALAIKAT MENGAMBIL NYAWA::



RENUNGAN PAGI UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.


Rasulullah s.a.w bersabda: 

"..Dan apabila seseorang mukmin sampai masa matinya ia digembirakan oleh Malaikat yang hendak mengambil nyawanya: 

Bahawa ia akan beroleh rahmat Allah dan keredhaan-Nya serta Syurga-Nya, maka pada ketika itu tidaklah ada sesuatu yang dicintai oleh orang itu lebih daripada menerima apa yang dihadapinya, lalu ia suka dan ingin mengadap Allah, dan Allah juga redha menerimanya dengan sebaik-baik sambutan; 

dan apabila seseorang yang kafir atau yang berdosa didatangi oleh Malaikat yang hendak mengambil nyawanya, ia diberitahu bahawa ia akan beroleh azab seksa Allah dan kemurkaan-Nya, maka ketika itu tidaklah ada sesuatu yang dibencinya lebih daripada yang dihadapinya; 

dengan sebab itu maka ia merasa gerunan tidak suka mengadap Allah, dan Allah juga tidak redha ia mendekati rahmat-Nya apalagi mengadap-Nya." 

(Hadis Riwayat Dari Sebilangan Sahabat r.a)

::PROMOSI PUYUH DARI JAUHANIN KAKI TERNAK::


Dapatkan puyuh segar dan lain2 produk di gerai pameran TPU di Bukit Ekspo (bersebelahan pameran puyuh) sempena Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM..


 
Puyuh gred C (5ekor) :
Berempah = RM 15 .
Mentah = RM 12.50

 
Puyuh gred AA(5ekor):
Berempah= RM 20
Mentah = RM 15

 
Terubuk masin sarawak = RM 8(sekor)
 
tepung magic (ori/spicy)= RM 5
 
Telur puyuh(15biji)=RM3
 
JAUHANIN KAKI TERNAK
 
Sebarang pertanyaan, HANI (TRADEC'13) -0176559927.

Monday, 28 October 2013

::TAZKIRAH - MENJAUHI RIYA' DAN MENGUTAMAKAN KEIKHLASAN::




RENUNGAN PAGI UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
 “Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajal? Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Bagindapun berkata:? Syirik khafi iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya”.
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Huraian:

Di antara tanda ikhlas ialah apabila seseorang itu lebih suka menyembunyikan kebaikannya sebaliknya tidak suka jika kejahatannya disembunyikan. Dia melakukan kebaikan semata-mata kerana mahukan keredhaan daripada Allah S.W.T.

Sebaliknya riya' pula adalah mencari sesuatu untuk keuntungan diri daripada amalan yang dilakukan di dunia sama ada untuk mendapatkan pujian, sanjungan, hadiah dan sebagainya bahkan hal ini termasuk dalam perbuatan syirik (syirik khafi).

Perbuatan riya' (suka menunjuk-nunjuk), jika telah menjadi satu tabiat, lambat laun akan menyebabkan orang yang melakukannya dipandang hina oleh manusia lain. Oleh itu ubat riak ialah dengan menyembunyikan amalan yang ingin diserlahkan oleh nafsu kecuali amalan yang tidak dapat tidak, mesti dizahirkan seperti solat berjamaah, berpuasa dan yang seumpama dengannya.

Orang yang riak adalah termasuk orang yang munafik. Maka tiadalah pahala bagi perbuatan baik yang dilakukannya itu di sisi Allah S.W.T, sekalipun ia terpuji di mata manusia.

Friday, 25 October 2013

::TAZKIRAH - TARIKAN KE NERAKA DAN RINTANGAN KE SYURGA::




RENUNGAN PAGI UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.





Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:�

Neraka dilingkari oleh hal-hal yang menarik hawa nafsu sedangkan syurga dilingkari oleh hal-hal yang tidak disenangi. 

(Hadis Riwayat al-Bukhari)


Huraian:

Pertentangan di antara kebenaran dan kebatilan sebenarnya adalah satu sunnah di dalam kehidupan manusia. Setiap perkara yang menjurus kepada nafsu sentiasa mendorong manusia untuk melakukannya sedangkan perkara yang mengajak kepada syurga sentiasa ada halangan dan rintangannya.

Allah SWT memberi khabar gembira terhadap orang-orang yang sanggup mengorbankan gelora hawa nafsunya demi untuk berbakti di jalan Allah bahawa mereka nanti akan diberi ganjaran syurga yang penuh dengan kemewahan dan kenikmatan.

Kekuatan iman itu akan tetap terpelihara dengan sebaik-baiknya apabila wujudnya nilai-nilai istiqomah di dalam hati dan sabar adalah kunci kekuatan tersebut.

Wednesday, 23 October 2013

::TAZKIRAH - SUAMI YANG BERTANGGUNGJAWAB::




RENUNGAN PAGI UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.



Saad bin Abi Waqas r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

'Nafkah (infak) yang kamu berikan semata-mata kerana Allah nescaya diberi pahala oleh Allah; bahkan apa yang kamu berikan untuk makanan isteri kamu (perbelajaan rumahtangga) akan diberi pahala juga oleh Allah.�

(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Huraian:

Perkahwinan dalam Islam adalah satu daripada tanda kekuasaan dan kebesaran Allah Yang Maha Esa (ar-Rum, ayat 21). Iaitu kekuasaan-Nya menyatukan dua makhluk yang berlainan jantina serta mempertautkan hati kedua-duanya dengan ikatan kasih mesra.

Suami yang baik ialah yang menyayangi serta melindungi isterinya dari perkara berbahaya atau memudaratkannya.

Suami ialah ketua keluarga yang bertanggungjawab memastikan isterinya memperoleh keperluan hidup seperti tempat tinggal, makanan dan pakaian yang secukupnya.

Suami hendaklah membimbingnya agar selamat daripada api neraka. Firman Allah bermaksud: 

"Kaum lelaki itu ialah pemimpin dan pengawal yang bertanggunjawab terhadap kaum perempuan, oleh sebab Allah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain, dan juga kerana orang lelaki telah memberi nafkah daripada harta mereka..." (an-Nisa: 34).

::TAZKIRAH - DENGKI::




RENUNGAN  UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.




Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 

"Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki".
(Hadis Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi)



Huraian:

Hasad dengki itu adalah seumpama api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti api yang membakar kayu.

Adanya perasaan dengki menunjukkan iman seseorang itu belum sempurna malah dengki merupakan sifat yang diwarisi daripada syaitan. Kerana dengkilah maka syaitan menggoda Adam a.s hingga terkeluar daripada syurga dan kerana dengki juga maka terjadinya pembunuhan di antara Qabil dan Habil.

Seorang pujangga Arab pernah berkata: "Orang hasad tidak akan senang hidupnya dan orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang tidak berakhlak.

Dengki yang diharuskan dalam Islam hanyalah dengki yang menjadikan manusia berebut-rebut melakukan kebaikan seperti berlumba-lumba menuntut ilmu atau berlumba-lumba melakukan ibadat dan yang seumpamanya.

Friday, 18 October 2013

::TAZKIRAH PAGI - DUNIA HANYA SEMENTARA::



RENUNGAN PAGI UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.


Dari Ibnu Ibnu Umar r.a katanya:
rasulullah S.A.W memegang bahuku lalu ia bersabda:
 
Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara)�. Dan adalah Ibnu Umar r.a berkata:�Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi; dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau. 
 
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Huraian:
Dunia adalah tempat untuk manusia beramal dalam sekian waktu yang ditentukan dan bukanlah tempat untuk bermukim, bersenang lenang sepanjang hayat kerana kedudukan seseorang itu di dunia ini adalah seperti pedagang atau pengembara yang akan pulang ke kampung halaman tempat asalnya iaitulah alam akhirat yang kekal abadi.

Untuk itu, tiap-tiap amal ada waktunya di mana apabila luputnya waktu sesuatu amal belum tentu waktu itu akan berulang kembali. Oleh itu orang yang mengerti nilai waktu akan menyedari bahawa waktu itu sebenarnya adalah umurnya yang jika habisnya suatu detik waktu maka berkuranglah jangka hayatnya dan berkurang pula tempoh amalnya. Selepas itu kekecewaan dan penyesalan tidak berguna lagi.

Oleh itu seseorang yang inginkan kebahagian yang kekal abadi hendaklah memelihara waktunya daripada terbuang dengan percuma atau sebelum tiba waktu yang menghalang seperti sibuk, sakit dan sebagainya.

Thursday, 17 October 2013

::TAZKIRAH PAGI - HARAM BERPUASA::



RENUNGAN PAGI UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.


Dari Umar bin Khathab ra., 
 
 ia berkata bahwa dua hari ini hari yang dilarang Rasulullah saw. untuk berpuasa, iaitu hari raya Idul Fitri setelah kalian berpuasa (Ramadhan) dan hari raya makan (daging korban) setelah kalian menunaikan ibadah haji. 
 
(Hadis Riwayat Muslim)

Huraian:

Antara hikmah diharamkan berpuasa sepetti yang disebut dalam hadith di atas ialah ketika semua orang bergembira, seseorang itu hendaklah perlu turut bersama meraikannya.

Selain pada hari raya, kita juga diharamkan berpuasa pada hari-hari Tasyrik iaitu 11, 12, dan 13 Zulhijjah.

::TAZKIRAH PAGI - HARAM MEMAKAI EMAS BAGI LELAKI::


 


RENUNGAN PAGI UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.

Daripada Abu ‘Umarah al-Bara’ bin ‘Azib R.huma katanya, 

“Rasulullah SAW menyuruh kami menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah, mendoakan orang bersin, melepaskan sumpah orang yang bersumpah, menolong orang yang dizalimi, memenuhi undangan dan memberi salam apabila bertemu. Baginda menegah kami daripada memakai cincin emas, minum dengan bekas yang dibuat daripada perak, menggunakan lapik duduk sutera dan memakai pakaian yang dibuat daripada sutera, sutera tebal dan sutera Dibaj(dari Yaman)”. 
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat lain, ditambah perkara yang disuruh mengerjakannya iaitu: menanyakan barang yang hilang dan belum dijumpai.
 
Huraian:
Melepaskan sumpah orang yang bersumpah bermaksud, melaksanakan apa yang diminta secara bersunggguh-sungguh engkau melakukannya sehingga menyebabkan dia bersumpah, seperti katanya: “Demi Allah, engkau mesti melakukan sekian dan sekian.
 
Lapan perkara yang disuruh oleh nabi SAW iaitu:
      1. Memberi salam apabila bertemu.
      2. Memenuhi undangan.
      3. Memberi nasihat jika diminta.
      4. Mendoakan dengan ucapan “
Yarhamukallah” setelah orang bersin menyebut “Alhamdulillah”.
      5. Menziarahi orang yang sakit.
      6.Mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.
      7. Menoling orang yang dizalimi.
      8. Menanyakan barang yang hilang (menghebahkan)

Perkara-perkara yang dilarang oleh nabi melakukannya:
      1. Memakai cincin emas bagi lelaki dan bukan bagi perempuan.
      2. Minum dengan menggunakan bekas emas dan perak bagi lelaki maupun perempuan.
      3. Menggunakan lapik duduk yang diperbuat daripada sutera yang diisi degan kapas atau sebagainya bagi lelaki.
      4. Memakai pakaian yang diperbuat daripada sutera dan campuran dengan yang lain, sutera yang dipanggil ‘Istibrak’ dan sutera tebal yang dipanggil ‘Dibaj’ (semuanya bagi lelaki).

Saturday, 12 October 2013

::TAZKIRAH PAGI::


RENUNGAN PAGI UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.

WAHAI LELAKI, LINDUNGILAH WANITA..
 
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda “Hendaklah kamu saling meminta nasihat tentang perkara-perkara kebaikan kepada kaum wanita kerana sesungguhnya kaum wanita dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk ialah yang paling atas. Jika kamu membetulkan dengan kekerasan nescaya ia akan patah, jika ditinggalkan (dibiarkan tanpa nasihat) nescaya kekal ia dalam keadaan bengkok maka saling menasihatilah dengan penuh kesabaran dan berlemah lembut”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Huraian:

 
Para suami hendaklah bersikap bijaksana dalam membentuk kehidupan isteri-isteri mereka. Jika berlaku sebaliknya akan mengakibatkan kepincangan rumahtangga yang mungkin berakhir dengan perceraian.
Adalah menjadi kewajipan setiap suami untuk memberi didikan dan tunjuk ajar secukupnya dengan penuh kesabaran kepada isteri mereka agar tidak terumbang-ambing dalam hidup.


Berulang-ulangnya pesanan Rasulullah SAW mengenai wanita menunjukkan ia sangat-sangat penting kerana mereka adalah golongan yang lemah dan perlu kepada orang yang melindungi mereka dan menguruskan hal mereka serta mengawal pergerakan mereka ini kerana kebebasan tanpa sempadan yang diberikan kepada anak-anak gadis menyebabkan berlakunya kepincangan besar dalam masyarakat yang mengundang kemurkaan Allah SWT.


Hadis ini memberi tunjuk ajar dan panduan kepada lelaki supaya bertolak ansur dan bersabar dalam berinteraksi dengan kaum wanita. Suami mestilah bersabar terhadap sikap isteri yang kurang memuaskan kerana lelaki lebih mampu sabar.

Tuesday, 4 June 2013

::Bila Lelaki menjadi Dayus?::




Bila Lelaki menjadi Dayus?

1. Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3. Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4. Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘sporting’ yang memahami.

6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7. Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8. Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan? Tidak sama sekali.

9. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11. Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12. Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13. Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14. Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepada dirinya.

Tiga yang telah Allah haramkan baginya syurga: Orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan si dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya. (H.R. Ahmad)

::Jodoh Yang Dinanti::



By: Muhamad Agus Syafii

Diusianya yang sudah menginjak tiga puluhan telah membuat resah hatinya. Apalagi adiknya telah lebih dulu menikah. Sebenarnya secara fisik ,Allah telah memberikan begitu banyak anugerah, selain cantik dan juga cerdas sehingga banyak orang yang mempertanyakan tentang kesendiriannya. Bahkan mereka berpikir dirinya terlalu banyak memilih. Terkadang yang membuat dia menangis setiap kali ibundanya melihat dirinya seolah berkata "Kapan kamu menikah anakku?" Hatinya terasa perih. Setiap malam selalu berdoa berharap agar segera hadir laki-laki yang sholeh datang untuk melamarnya. Bahkan ikhtiarpun telah dilakukan untuk menjemput jodohnya dengan bershodaqoh di Rumah Amalia. Bukan hanya sebuah harapan namun juga sesuatu yang akan menjadi kenyataan.

Haripun berlalu begitu cepat. Suatu hari tiba-tiba dirinya merasakan sakit pada perutnya. Mual yang dahsyat, muntah-muntah hebat. Sampai harus ditangani di UGD. Entah apa yang terjadi, langsung tak sadarkan diri. Ketika membuka mata terlihat wajah ibunda, bapak dan adiknya telah berada disampingnya. Terdengar isak tangis, lalu dirinya tertidur lelap. Terdengar suara lembut menyapanya, "Sudah bangun Mbak?" Dia hanya bisa tersenyum kepada dokter yang merawatnya. Wajahnya seolah tidak asing. "Sepertinya saya mengenal? Dimana ya?" gumamnya terdengar lirih. "Benar, Kita memang saling mengenal Mbak, saya adalah teman Mbak sewaktu SMA.."jawab dokter itu. "Ya Allah," teriaknya dalam hati. Dia ingat, dokter yang merawatnya adalah temannya yang cupu sewaktu duduk dibangku SMA, dia dulu pernah "menembaknya." Menyatakan cinta kepada dirinya dengan mengirimkan surat dan semua itu berlalu begitu saja.

Laki-laki itu bercerita tentang dirinya, tentang setamat SMA melanjutkan kuliah sampai perjalanannya menjadi seorang dokter. Diapun bercerita perjalanan hidupnya. Hubungan menjadi terjalin lebih dekat. Sebagai seorang dokter yang mengawasi kesehatan pasiennya membuat banyak waktu untuk berbincang. Keduanya saling menaruh hati seolah sudah saling mengetahui isi hatinya. Begitu keluar dari Rumah Sakit. Dokter yang merawatnya itu langsung melamarnya. Pernikahannya berlangsung sederhana. Baginya sangat disyukuri karena telah menjemput jodoh, sosok laki-laki yang membuat hidupnya bahagia. "Ya Allah, aku bersyukur padaMu telah memberikan aku kesabaran untuk bertemu dengan belahan jiwaku. Ternyata sakitku membawa keberkahan yang mempertemukan aku dengan jodohku. Alhamdulillah, Terima kasih Ya Allah atas semua takdirMu." Air matanya bergulir membasahi pipi bertemu dengan jodohnya yang tak diduga.

-----
Sahabatku, yuk..aminkan doa ini untuk mendapatkan jodoh yg terbaik dari sisi Allah.'Rabbana hablana milladunka zaujan thayyiban wayakuna shahiban lii fiddini waddunya wal akhirah' Artinya. 'Ya Tuhan kami, berikanlah kami pasangan yg terbaik dari sisiMu, pasangan yg juga menjadi sahabat kami dlm urusan agama, urusan dunia & akhirat.'

Wassalam,
Muhamad Agus Syafii

::This Week Special Wacana : Islamic Values and Realities of Modern Life::



DAEE AHMED MOAIT

Where is He from and Where is He Going?

He's a man originally born in Egypt. He emigrated to the U.S. in 1979, where he worked as a computer engineer for approximately 15 years. 

During this time he realized his journey to Allah and to Islam. 



What Is His Message?

Within the reality of the condition of the Ummah (Muslim Population), here in the U.S. or abroad, he realized that he has a duty and a job in front of Allah, so that when he goes to the grave, he can say to Allah... 

I Tried To Convey And Live Your Message, 
And Spread It To The Maximum Of My Ability. 
In The Middle Of The Absence Of Khalifah (Muslim Head Of State), 
The Absence Of Shari'ah (I.E. Islamic Law), 
The Absence Of Unity, And The Absence Of The Reality Of Islam, 
I Tried To Address The Message To The Most Of 
My Ability And Understanding!

In a time during attacks against Islam, from inside and out, by us, or others (attacks through innovation, new ideology and groups), these groups are fighting over differences in fiqh (regulations) which already exist in the history of Islam, and forget the message, the duty, love of Allah, love of the Rasul (sallallahu alaiyhi wa sallam – peace be upon him).

They Forget About Loving Islam 
About Being Merciful To Mankind 
And Forget Our Duty And Noble Cause 
That The One Allah Has Given To Us Already!

They forgot our history of Iraq, Tatar, and Mongolia. We forget the history of Andalusia, the Ottoman Empire.

"And We Forget Allah 
Therefore... 
Allah Has Made Us Forget Ourselves"



His Message To Muslims, Non Muslims
And To Mankind

I believe I am the poor to Allah,I have a message to Muslims and Non-Muslims, to all mankind:

"Wake Up Before It's Too Late. My Message Is Very Simple, 
We Have To Embrace Islam, Muslim And Non-Muslim 
We Have To Go Back To The Base, 
We Have To Understand, Acknowledge, And Develop 
The Belief And The Oneness Of Allah, 
The Creator, And The Almighty"

We have to develop ubudiyya (slavery to Allah), and Rububiyya (realizing Allah is the Governor, Controller, and Provider) with all the names of Allah in reality- Not in the tongue, in a speech or on the internet. And we have to set the role model and feel responsible, so that when you die, you can say;

"Allah I Tried My Best, 
With My Body, My Time And My Money, 
With My Love, My Devotion, And My Thinking. 
That's My Goal, My Aim, My Job And My Duty, 
The One Which Allah Has Honored Me With 
And Has Already Given To Me."



His Background

You might have some question about his background, who's the teacher that influenced him in his life. I have many, but one Sheikh advised me,

"If You Want To Be A Da'ee Today, Don't Mention Names... 
The Moment You Mentions Names, 
One Group Will Like You And One Group Will Hate You. 
It Will Become A Battle Against The Name 
And People Will Forget The Message."

If you fear Allah, if you love Allah, and if you believe in Allah, listen and try to benefit yourself. I'm a human being, I'm carrying a message. I have my goodness, I have my weakness, I have my faults, I have my mistakes, and I have my sins. May Allah forgive me and forgive all of us. Please, if you want to benefit yourself, listen with your heart and try to see what this man has to say.

Forget About Everything, Forget About His Language 
His Mistakes, And His Pronunciation! 
This Is Not The Time For That Now 
It's The Time To Call Allah, Before It's Too Late 
But We Must Go Back To The History!



Conclusion

May Allah Guide Us To The Straight Path, 
May Allah Give Us Light, Basira (Vision), Wisdom, Comprehension, 
Understanding, Sincerity, Truthfulness, 
And The Ability To See What's Right And What's Wrong. 
He's The Only One Who Can Do That.

If you want to know whether what I'm saying has goodness or not, call Allah and ask Him. If I’m wrong, may Allah forgive me, I only try. Whatever I do right, may Allah make it only for Him and reward me in this life and the hereafter.

I'm Only Calling Towards Allah, 
The Rest Is His Business If He Wants To Accept You And Choose You, 
"Alhamdu'lillahir Rabbil Alameen (Thanks To Allah)" 
May Allah The Almighty Put Barakah (Blessing) 
And Noor (Light) And Kabul (Acceptance) 
In Everything We Say And We Do.


Sincerely,
A Man Preparing Himself for the Grave
Daee Ahmed Moait

Al-Nidaa'  Website      : www.al-nidaa.com.my
Al-Nidaa'  Facebook  : www.facebook.com/al-nidaa.com.my