Monday, 14 April 2014

::TAZKIRAH - PEREMPUAN::

RENUNGAN  UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.



Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda yang maksudnya:
 
Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka." 
 
 (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Huraian:

Perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. 

Kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka. 

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita." 
 
Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan dan isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah SWT. 

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
(SUMBER : JaKiM)

Thursday, 10 April 2014

::KAPSUL PSIKOLOGI – PENGURUSAN KEMARAHAN::

               
PENGURUSAN KEMARAHAN: 10 TIPS UNTUK MENJINAKKAN KEMARAHAN ANDA (PART 2)
                 
6. Gunakan Kenyataan Yang Bermula Dengan "SAYA" 
 
 - Untuk mengelakkan daripada mengkritik atau menyalahkan orang lain, gunakan kenyataan atau ayat yang bermula dengan "SAYA" ketika menerangkan masalah tersebut. 

 - Hormati pandangan dan emosi orang lain dan jadi spesifik tentang perasaan anda. 

 - Sebagai contoh, katakan, "SAYA kecewa atau sedih apabila anda meninggalkan meja tanpa menawarkan bantuan untuk membasuh pinggan." dan bukannya , " Anda tidak pernah melakukan apa-apa kerja-kerja rumah."
                      
7. Jangan Memegang Dendam
 
 - 'Memaafkan' adalah alat yang berkuasa. 

 - Jika anda membenarkan kemarahan dan perasaan negatif kuasai dan melampaui perasaan positif anda, anda mungkin mendapati diri anda ditelan oleh rasa kepahitan dan ketidakadilan anda sendiri. 

 - Tetapi jika anda boleh memaafkan seseorang yang menimbulkan kemarahan anda , anda dan orang tersebut mungkin belajar sesuatu daripada keadaan tersebut. 

 - Ia tidak realistik untuk mengharapkan semua orang berkelakuan seperti yang anda mahu pada setiap masa.
                   
8. Berjenaka Untuk Melepaskan Ketegangan 
 
 - Meriangkan diri boleh membantu untuk melepaskan ketegangan. 

 - Jangan gunakan sindiran,ia hanya berfungsi untuk menyakiti perasaan orang lain dan memburukkan lagi keadaan.
                     
9. Latih Diri Dengan Teknik Relaks Diri 
 
 - Apabila anda berasa marah, gunakan kemahiran relaks diri anda. 

 - Lakukan senaman pernafasan dalam (deep breathing techniques), bayangkan keadaan yang santai, atau mengulangi perkataan atau frasa yang menenangkan, seperti, "Tenagkanlah diri." 

 -  Anda juga boleh mendengar muzik, menulis dalam jurnal atau melakukan yoga, apa-apa sahaja yang menggalakkan perasaan yang relaks.
                     
10. Tahu Bila Anda Patut Mnedapatkan Bantuan 
 
 - Belajar untuk mengawal kemarahan adalah satu cabaran bagi semua orang pada masa ke semasa. 

 - Pertimbangkan untuk cari bantuan untuk isu-isu kemarahan jika kemarahan anda seolah-olah berada di luar kawalan, dan menyebabkan anda melakukan perkara yang anda menyesal atau menyakitkan orang di sekeliling anda . 

 - Anda boleh menghadiri kelas pengurusan kemarahan tempatan atau hadiri kaunseling untuk membantu dalam pengurusan kemarahan.
                         
Dengan bantuan profesional, anda boleh: 
 
1. Belajar apakah kemarahan.
2. Kenal pasti apa yang mencetuskan atau sumber kemarahan anda.
3. Kenali tanda-tanda bahawa anda menjadi marah.
4. Belajar untuk bertindak balas terhadap kekecewaan dan kemarahan dalam cara yang terkawal dan sihat.
5.  Meneroka perasaan asas, seperti kesedihan atau kemurungan.
                       
Kelas pengurusan kemarahan dan kaunseling boleh dilakukan secara individu, dengan pasangan anda, ahli keluarga yang lain, atau dalam satu kumpulan. Minta rujukan daripada doktor anda untuk kaunselor pakar dalam pengurusan kemarahan, atau meminta ahli keluarga, rakan-rakan atau kenalan lain untuk cadangan.
                         
Antara Cara Untuk Menangani Kemarahan Anda :
http://www.youtube.com/watch?v=9LZ35Ar3r2k
Sumber Rujukan :
http://www.mayoclinic.org/healthy-living/adult-health/in-depth/anger-management/art-20045434?pg=2
             
SEKSYEN BIMBINGAN DAN KERJAYA STAF
PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

::TAZKIRAH - JANGAN MENGINTIP!::

             
RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.
             

Sesiapa yang mengintip atau memandang di dalam rumah sesuatu kaum tanpa izin mereka maka sesungguhnya halallah bagi mereka mencungkil matanya. 
 
(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan al-Baihaqi)
               
Huraian: 
 
Allah mengingatkan dengan firman-Nya yang bermaksud: 
 
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; 
 
dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; 
 
dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. 
 
(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. 
 
(al-Hujurat: 12).
                   
PUSAT ISLAM UNIVERSITI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
(SUMBER : JaKiM)

::KAPSUL PSIKOLOGI – PENGURUSAN KEMARAHAN::


                                 
PENGURUSAN KEMARAHAN: 10 TIPS UNTUK MENGAWAL KEMARAHAN ANDA (BAHAGIAN 1)
                 
1. Ambil Masa 
 
 - Mengira 1 hingga 10. 

 - Sebelum bertindak balas kepada keadaan tegang, ambil sedikit masa untuk menarik nafas dan mengira hingga 10. 

 - Perlahan diri, ia boleh membantu meredakan kemarahan anda. 

 - Jika perlu, berehat dan jauhkan diri daripada orang atau keadaan sehingga kekecewaan anda reda sedikit.
           
2. Setelah Bertenang, Luahkan Kemarahan Anda 
 
 - Sebaik sahaja anda berfikir dengan jelas, nyatakan kekecewaan anda dengan cara yang tegas tetapi secara tidak berkonfrontasi. 

 - Beritahu kebimbangan dan keperluan anda dengan jelas dan secara langsung, tanpa mencederakan orang lain atau cuba untuk mengawal mereka.
                 
3. Buat Senaman 
 
 - Aktiviti-aktiviti fizikal boleh berfungsi sebagai saluran keluar emosi anda, terutamanya jika anda hampir nak "meletup". 

 - Jika anda rasa kemarahan anda naik, pergilah berjalan-jalan, berlari atau meluangkan masa dengan melakukan aktiviti fizikal kegemaran anda yang lain. 

 - Aktiviti fizikal merangsang otak dan boleh menyebabkan anda berasa lebih bahagia dan lebih tenang.
               
4. Fikir Sebelum Bercakap 
 
 - Apabila anda dalam keadaan yang marah, ia adalah sungguh mudah untuk mengatakan sesuatu yang akan anda kesali kemudian. 

 - Ambil sedikit masa untuk berfikir  sebelum berkata apa-apa. 

 - Benarkan orang lain yang terlibat dalam keadaan tersebut untuk melakukan perkara yang sama.
               
5. Kenal Pasti Penyelesaian 
 
 - Daripada memberi fokus kepada apa yang menjadikan anda marah, fokus pada penyelesaian isu-isu tersebut. 

 - Adakah bilik anak anda yang tidak kemas merimaskan anda? Tutuplah pintu itu. 

 - Adakah pasangan anda lewat untuk makan malam setiap malam? Tetapkan jadual makanan pada waktu yang lewat sedikit atau bersetuju untuk makan secara tersendiri beberapa kali seminggu. 

 - Ingatkan diri anda bahawa kemarahan tidak akan menyelesaikan apa-apa, dan ia hanya memburukkan keadaan.
               
Teknik Menangani Kemarahan :
http://www.youtube.com/watch?v=BsVq5R_F6RA 
 
Sumber rujukan :
http://www.mayoclinic.org/healthy-living/adult-health/in-depth/anger-management/art-20045434
         
SEKSYEN BIMBINGAN DAN KERJAYA STAF
PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Wednesday, 9 April 2014

::TAZKIRAH - SOLAT DALAM KEADAAN TENANG::

               
RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.
                   

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:

 "Apabila dibacakan iqamat sembahyang, janganlah kamu semua tergesa-gesa pergi untuk menunaikan sembahyang, tetapi hendaklah berjalan dengan baik dan tertib, hendaklah kamu semua bersifat tenang. Tunaikanlah sembahyang mengikut rakaat yang kamu sempat mengikuti imam dan apabila imam memberi salam, maka hendaklah kamu menyempurnakan mana-mana rakaat yang tertinggal".

 (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)
                         
Huraian:
  • Apabila iqamat sembahyang dibacakan, janganlah kita tergesa-gesa (berlari-lari anak) ke masjid, tetapi hendaklah berjalan dengan tenang dan sopan.
  • Jika terlambat sedikit, ikutilah sembahyang berjamaah bersama imam dengan mengikut rakaat yang sempat.
  • Hikmah bersifat tenang dan tidak tergopoh-gapah adalah untuk memberi keselesaan semasa sembahyang iaitu agar sembahyang yang dikerjakan tidak dalam keadaan tercungap-cungap sehingga bacaan menjadi tidak sempurna.
  • Semasa mengerjakan sembahyang, kita bukan sahaja dikehendaki mementingkan suasana yang tenang tetapi jiwa dan fizikal juga mesti tenang agar sembahyang dapat dilakukan dengan penuh khusyuk dan tawaddhuk.

Tuesday, 8 April 2014

::KAPSUL PSIKOLOGI – 9 TANDA BAHAWA ANDA SEORANG INTROVERT::

                 
KAPSUL PSIKOLOGI  – 9 TANDA BAHAWA ANDA SEORANG INTROVERT (PART 2)
           
1. Anda Sering Memakai Headphone/Earphone Apabila Anda Dalam Situasi Awam    
  
·        Jika anda seorang introvert, anda berkemungkinan besar tidak inginkan hubungan yang terlalu banyak dengan orang lain. 

·        Selalunya, jika anda ingin elakkan atau kurangkan interaksi dengan orang yang tidak dikenali, anda akan menghadap kepala anda ke bawah dan melihat lurus di hadapan anda. 

·        Sekarang anda mempunyai perlindungan baru, iaitu dengan bersembunyi di sebalik headphone anda (walaupun tiada siapa yang tahu sama ada terdapat muzik atau tidak)
             
2. Anda Lebih Suka Untuk TIDAK Melibatkan Diri Dengan Orang Yang Seolah-olah Marah Atau Kecewa.
 
·        Anda mungkin cuba untuk mengelak orang yang kelihatan seperti mereka di dalam suasana atau mood yang tidak baik. 

·        Orang yang tinggi dalam introvert gagal untuk menunjukkan apa yang dipanggil "gaze cuing effect" .

·        Biasanya , jika anda melihat imej muka seseorang pada skrin computer yang sedang tengok arah tertentu, anda akan mengikuti pandangan orang itu. 

·        Introverts pun berbuat demikian, TETAPI jika muka orang itu seolah-olah marah, mereka tidak menunjukkan "gaze cuing effect". 

·        Ini menunjukkan bahawa orang yang tinggi dalam introvert tidak mahu melihat seseorang yang kelihatan marah. 

·        Ia dipercayai bahawa ini adalah kerana introverts lebih sensitif terhadap penilaian negatif . 

·        Jika anda fikir seseorang itu marah kerana sesuatu yang berkaitan dengan anda, beliau pandangannya menjadi ancaman.
                     
3. Anda biasanya terima panggilan , teks, dan e-mel lebih daripada menghantarnya 
 
·        Orang yang tinggi introvert tidak akan mendekati social circle mereka secara sukarela. 

·        Jika seseorang introvert mempunyai masa yang lebih, mereka tidak akan membuat panggilan atau bersosial hanya untuk meluangkan masa. 

·        Mereka jarang menghasilkan e-mel dan surat bertulis, namun mereka akan bertindak balas kepada komunikasi yang mereka terima daripada orang lain. 

·        Terdapat kemungkinan yang besar jika anda seorang introvert, anda akan mengelakkan pekerjaan seperti menjadi seorang telemarketer. 

·        Jika anda tidak mempunyai pilihan dan mesti memulakan komunikasi, seperti apabila anda menjemput orang ke acara sosial, anda jarang atau tidak akan mengangkat telefon dan membuat panggilan. 

·        Anda lebih cenderung untuk menghantar permintaan anda melalui ruang siber atau pejabat pos. 

·        Ini boleh berkaitan dengan keinginan untuk mengelakkan penilaian orang lain. Risiko untuk diberitahu "tidak", mungkin boleh mematahkan semangat .
               
4. Anda Tidak Akan Memulakan Perbualan Dengan Jurujual Atau Sesiapapun Yang Anda Tidak Beberapa Kenali 
 
·        Ia hampir mustahil untuk anda membayangkan diri anda sebagai individu yang boleh memperdaya dengan semua orang tentang pelbagai topik. 

·        Jika anda lewat atau tertekan, anda tidak "bocorkan" maklumat ini kepada orang di sekeliling anda. Di sebaliknya, anda akan hanya berfikir secara senyap-senyap dengan diri sendiri kerana anda memikirkan lebih kepada masalah anda. 

·        Anda mungkin merasa bahawa perkara tersebut adalah masalah anda sendiri, atau anda boleh memilih untuk keluar dari perasaan negatif anda melalui strategi turunkan tekanan peribadi anda. 

·        Ramai orang biasanya tidak tahu bagaimana anda rasa atau berfikir, melainkan anda berasa cukup ramah dengan mereka untuk berkongsi hal peribadi anda.
                   
Kesimpulan 
 
·        Seorang introvert sudah pasti mempunyai kelebihannya.
·        Anda jarang terlibat dalam pergaduhan atau tersinggung orang sekeliling anda.
·        Oleh kerana anda menikmati mencerminkan pemikiran anda sendiri, anda jarang bosan apabila anda bersendirian. Tidak seperti orang yang memerlukan stimulasi sosial yang berterusan.
·        Satu-satu risiko yang anda mungkin hadapi adalah orang tidak tahu apa yang anda mungkin berfikir dan menganggap anda suka menyendiri atau anda berasa lebih baik daripada orang lain.
·        Berikan diri anda peluang untuk mendedahkan fikiran dan perasaan anda, ia boleh membantu anda meluahkan personality anda yang sebenar dan tidak disalah anggap sebagai antisosial.
                   
Sumber rujukan :
http://www.psychologytoday.com/blog/fulfillment-any-age/201403/9-signs-you-re-really-introvert
               
SEKSYEN BIMBINGAN DAN KERJAYA STAF
PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

::PENDAFTARAN KELAS PENGAJIAN KELAS TAALIM AL-QURAN TAHAP 2 (DEWASA)::

               
Dimaklumkan bahawa Pusat Islam Universiti akan membuka pendaftaran Kelas Taalim Al-Quran tahap 2 (Dewasa) secara percuma yang akan diadakan seperti butiran berikut:
               
Hari : Isnin dan Rabu
Tempat : Dewan Ibnu Sina, Pusat Islam UPM
Peserta : Lelaki dan Wanita
Masa : 5.30 petang - 6.30 petang
Tenaga Pengajar : Ust. Khairul Fahmi bin Mukhid
                     
Pembelajaran Tahap 2:
 1. Peserta Kemahiran sederhana dan Sedikit lancar dalam membaca Al-Quran.
 2. Mempelajari Hukum Berkaitan Mad (Bacaan Panjang dalam Al-Quran)
 3. Mempelajari Hukum Berkaitan Dengung.
 4. Mempelajari Hukum Berkaitan Alif Lam Ta'rif
 5. Mempelajari Hukum Berkaitan Wakaf dan Ibtida'
 6. Mempelajari Hukum Berkaitan Idgham
 7. Mempelajari Hukum Berkaitan sebutan Huruf.
 8. Memperdengarkan bacaan atau mendengar dan mengikuti bacaan guru secara beramai-ramai.

                 
Sehubungan itu, pendaftaran kelas boleh dibuat dengan melayari laman Wab Pusat Islam Atau Laman Sesawang Sistem Pendaftaran Online Pusat Islam Universiti; http://www.sppi.upm.edu.my/ .
       
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian 03-89468582 (Ustzh Siti Rohani / Ust Mohd Firdaus).
           
Sekian, wassalam.
           
Siti Rohani binti Muhamad
Pusat Islam Universiti
03-89468582

::TAZKIRAH - ADAKAH KITA TERMASUK ORANG YANG BERTAQWA::

             
RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.

               

                     
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Tidak sampai seseorang hamba ke peringkat golongan orang bertaqwa, sehinggalah ia tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang dan sentiasa berhati-hati daripada melakukan perkara-perkara yang menimbulkan keraguan (perkara-perkara Syubhat)." 

(Hadis Riwayat:  at-Tirmizi)
                   
Huraian:
  • Untuk mencapai ke tahap taqwa seseorang itu hendaklah meninggalkan perkara-perkara yang meragukan.
  • Umat Islam diingatkan supaya berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara lebih-lebih lagi berkaitan dengan sesuatu yang haram.          
  • Seseorang itu belum lagi dikira bertaqwa, selagi masih melakukan perkara-perkara yang syubhat, kecuali apabila ia meninggalkan perkara-perkara yang haram dan syubhat tersebut, serta beramal dengan melakukan segala yang disuruh dan meninggalkan perbuatan yang dilarang oleh agama Islam.
               
    PUSAT ISLAM UNIVERSITI
    UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
    (SUMBER : aL-HaDiS)

::KAPSUL PSIKOLOGI – 9 TANDA BAHAWA ANDA SEORANG INTROVERT::

                 
9 TANDA BAHAWA ANDA SEORANG INTROVERT (PART 1)
               
1. Anda Suka Meluangkan Masa Secara Bersendirian 
 
 - Apabila anda mempunyai peluang untuk berehat, anda lebih suka menghabiskan masa membaca, bermain permainan video, atau hanya mendengar muzik. 

 - Masa yang tenang dan senyap adalah penting untuk kesejahteraan anda. 

 -  Namun pada masa yang sama, anda juga boleh menikmati pergaulan dan perjumpaan.
               
2. Pemikiran Terbaik Apabila Anda Bersendirian 
 
- Anda tiada tentangan dengan mesyuarat atau perbincangan kumpulan. 

- Tetapi, anda biasanya memerlukan masa untuk memikirkan masalah tersebut secara tersendiri untuk penyelesaian yang kreatif. 

 - Berfikiran secara tersendiri memberi peluang untuk anda fokus pada masalah sebenar. 

 - Anda juga berpeluang untuk menggunakan keupayaan maksimum anda untuk mencipta idea yang original. 

 - Biasanya membolehkan anda menghasilkan keputusan yang dibanggai anda.
                 
3. Anda Menjadi Pemimpin Yang Cemerlang Apabila Pekerja Anda Mengambil Initiatif 
 
 - Ramai mengaggap bahawa introverts yang besifat senyap, tidak dapat menguruskan kerja berpasukan. 

 - SEBENARNYA, dalam keadaan yang sesuai, mereka berpotensi untuk menjadi pemimpin yang terbaik. 

 - Jika kumpulan tersebut bersedia untuk memimpin diri mereka sendiri, maka pemimpin introvert boleh meningkatkan dan meluahkan potensi mereka dengan berkesan. 

 - Kadang-kadang, anda perlu menjadi rakan kongsi dengan rakan sekerja yang extrovert untuk seimbangkan idea anda.
                   
4. Anda Orang Terakhir Untuk Mengangkat Tangan Apabila Seseorang Meminta Sesuatu Daripada Kumpulan. 
 
 - Ingat lagi tak masa waktu persekolahan, mesti ada rakan yang tangannya akan mengangkat tangan apabila guru bertanya soalan atau memerlukan seseorang untuk memberikan sumbangan? Rakan-rakan inilah orang extravert. 

 - Extraverts selalunya sentiasa bersedia dan bersemangat untuk menonjolkan diri dalam apa jua keadaan, biarkan akademik ataupun sosial. 

 - Anda mungkin seorang introvert jika anda berpuas hati untuk duduk dan biarkan orang lain mengambil perhatian. 

 - Jangan risau. Ia bukan bermaksud introverts kurang ilmu daripada yang lain, namun mereka hanya tidak merasa keperluan untuk mendapat perhatian itu.
               
5.Orang Lain Selalu Minta Pada Pendapat Anda 
 
 - Introverts jarang menjadi sukarelawan dalam situasi berada di kalangan masyarakat atau kelompok, introverts juga jarang memberi pendapat atau nasihat di tempat yang dipenuhi orang. 

 - Sama ada ia satu perbincangan keluarga di meja dapur atau mesyuarat kakitangan untuk memutuskan bagaimana untuk memasarkan produk baru, orang yang tinggi dalam introvert akan menyimpan pandangan mereka kepada diri mereka sendiri dan membiarkan extraverts mengambil peranan memberikan idea. 

 - Ramai sering bertanya "Apa yang anda fikir?" kerana nasihat anda mungkin memang sangat berharga. 

 - Selain daripada itu, tingkah laku anda mungkin menghantar isyarat kepada orang lain bahawa anda mempunyai keinginan untuk menumpukan perhatian dan fokus pada idea dalaman.
             
Susan Cain : The Power of Introverts
http://www.youtube.com/watch?v=c0KYU2j0TM4
Sumber rujukan :
http://www.psychologytoday.com/blog/fulfillment-any-age/201403/9-signs-you-re-really-introvert
                 
SEKSYEN BIMBINGAN DAN KERJAYA STAF
PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Monday, 7 April 2014

::PENDAFTARAN KELAS PENGAJIAN KELAS TAALIM AL-QURAN (DEWASA)::

               
Dimaklumkan bahawa Pusat Islam Universiti akan membuka pendaftaran baru Kelas Taalim Al-Quran (Dewasa) yang akan diadakan seperti butiran berikut:
             
Hari : a) Isnin (peserta wanita)
- Dewan Khawarizmy, Pusat Islam UPM
           
b) Khamis (peserta lelaki)
- Bilik Mesyuarat, Pusat Islam UPM
           
Masa : 5.30 petang - 6.30 petang
Tenaga Pengajar : Ust. Muhammad Syahmi bin Rusli (Pusat Islam UPM)
           
Kelas bermula pada 03 April 2014. Sehubungan itu, pendaftaran kelas boleh dibuat dengan melayari laman sesawang Sistem Pendaftaran Online Pusat Islam Universiti; http://www.sppi.upm.edu.my/? .
           
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian 03-89468582 (Ustzh Siti Rohani / Ust Mohd Firdaus).
             
Segala kesulitan amatlah dikesali.
           
Sekian, wassalam.
                 
Siti Rohani binti Muhamad
Pusat Islam Universiti
03-89468582

::BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH 2014::


                   
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Jawatankuasa Kariah Serdang akan menganjurkan Bengkel Pengurusan Jenazah 2014 pada:
                 
TARIKH:       23-24 April 2014 (Rabu-Khamis)
MASA:         8.00 Pagi – 5.00 Petang
TEMPAT:      Masjid, Universiti Putra Malaysia
YURAN:       RM20.00 (sumbangan tabung Masjid)
ANJURAN: Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Jawatankuasa Kariah Serdang.
                 
Kepada yang berminat, bolehlah mendaftar melalui Borang Pendaftaran Kursus dan Bengkel yang telah dilampirkan atau melalui Sistem Pendaftaran Online Pusat Islam Universiti http://www.sppi.upm.edu.my .
             
Untuk Maklumat lanjut tuan/puan bolehlah menghubungi Pejabat Am, Pusat Islam, UPM atau Mohd Firdaus (03-8946 8582).
               
Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke Pejabat Am Pusat Islam Universiti atau fakskan ke 03-8948 3742.
               
Penyertaan terbuka kepada semua warga UPM dan masyarakat setempat.
               
*Borang penyertaan hendaklah dihantar sebelum 18/04/2014 - Harap maklum
               
Mohd Firdaus bin Abd. Rashid
Pusat Islam Universiti
Universiti Putra Malaysia
03-8946 8582

::TAZKIRAH - KEBAHAGIAAN MEMBERI DAN MENERIMA::

                  RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.

               
Dari Abu Said al-Khudri r.a, dari Nabi S.A.W, baginda telah bersabda yang maksudnya: 

Mana-mana orang mukmin yang memberi makan kepada seorang mukmin semasa ia lapar, nescaya Allah memberi makan kepadanya pada hari kiamat dari buah-buahan Syurga; 

dan mana-mana orang mukmin yang memberi minum kepada seorang mukmin semasa ia dahaga, nescaya Allah memberi minum kepadanya pada hari kiamat dari minuman syurga yang tersimpan dengan sebaik-baiknya; 

dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakai kepada seorang mukmin semasa ia memerlukan pakaian, nescaya Allah memberi pakaian kepadanya dari pakaian syurga. 

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi )
             
Huraian:
  •         Islam memberi galakan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk bagi meringankan beban yang ditanggung lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.
  •         Perbuatan memberi dengan diiringi hati yang tulus akan membuatkan hati seseorang berasa tenang dan damai.
  •         Pemberian memerlukan penerimaan, pemberian yang tulus juga memerlukan penerimaan yang tulus. Sesuai dengan sabda Rasulullah S.A.W, bahawa tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah, maka memberi adalah lebih baik daripada menerima.
  •         Berusahalah untuk lebih banyak memberi daripada menerima pemberian orang lain.
               
    PUSAT ISLAM UNIVERSITI
    UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
    (SUMBER : JaKiM)


Wednesday, 2 April 2014

::KAPSUL PSIKOLOGI - TIP UNTUK MEMBACA MINDA ORANG::

               
TIP UNTUK MEMBACA MINDA ORANG
          
1. Perhatikan Bahasa Badan
       
· Apabila seseorang bersandar dengan tubuh mereka jauh dari anda, ini menunjukkan bahawa individu tersebut sedang mengalami tekanan.

· Selain itu, jika menyentuh dahi atau menggosok tapak tangan pada paha juga merupakan petunjuk seseorang itu mengalami tekanan.

· Jika seseorang menutup mata mereka untuk seketika (lebih lama daripada yang biasa), mengambil masa untuk membersihkan kerongkong mereka atau meminta untuk mengulangi soalan, tanda ini bermaksud mereka mungkin tengah melengahkan masa.

· Kekurangan atau tidak berpandangan mata, atau berkelip mata dengan berlebihan mungkin tanda-tanda bahawa seseorang itu berbohong atau berada dalam keadaan kebimbangan.

· Kekaburan deskriptif atau suara yang tergetar-getar menunjukkan tanda yang seseorang itu sedang menipu.

· Menyentuh bahagian depan leher bermakna seseorang itu cuba untuk melindungi diri mereka. Ia juga menunjukkan rasa tidak selesa, terutamanya di kalangan wanita.

· Penghembusan nafas yang panjang dan boleh didengari bermakna seseorang itu berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil.
                       
2. Banyak Berlatih
 
· Bagi mudah untuk belajar membaca minda ini, perbanyakkan latihan. Dengan adanya latihan ia akan jadi mudah untuk mengesan minda seseorang.
             
3. Masa
 
· Untuk mempelajari ilmu ini perlukan tempoh masa yang panjang. Sukar untuk disempurnakan dalam masa seminggu.
       
4. Dapatkan Maklumbalas
 
· Sentiasa dapatkan maklumbalas tentang ketepatan bacaan anda. Cara ini dapat membantu anda untuk tingkatkan kemahiran membaca minda seseorang.
           
SEKSYEN BIMBINGAN DAN KERJAYA STAF
PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

03-89471557

::TAZKIRAH - AZAB NERAKA::

               
RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.

                   

Daripada an-Nu'man bin Basyir RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, 

"Sesungguhnya ahli neraka yang paling ringan azabnya pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang diletakkan di bawah tapak kakinya dua bara api (neraka) yang mendidihkan otaknya sehingga dia tidak percaya bahawa ada orang yang lebih berat seksaan daripadanya. Pada hal dia lah orang yang paling ringan azabnya (daripada orang lain)".

 (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
               
Huraian:
  • Umat Islam di suruh supaya takut dengan seksaan Allah yang amat mengerikan pada hari kiamat.
  • Allah menyebut seksaan kepada manusia supaya mereka sentiasa berwaspada dan menjauhi segala larangan Allah.
  • Seksaan terhadap orang yang berdosa pada hari kiamat adalah tidak sama, masing-masing di azab berdasarkan amalan yang dilakukan semasa hidup di dunia.
  • Hadis ini menunjukkan betapa berat dan pedihnya azab neraka sehingga orang yang paling ringan azabnya menyangka bahawa dirinyalah orang yang paling berat dikenakan azab. Oleh itu, orang yang beriman tuntutlah merasa takut daripada azab neraka.
               
    PUSAT ISLAM UNIVERSITI
    UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
    (SUMBER : JaKiM)

::KAPSUL PSIKOLOGI - TEKNIK UNTUK CEMERLANG HIDUP DALAM UMUR 30-AN::

             
10 TEKNIK UNTUK CEMERLANG HIDUP DALAM UMUR 30-AN (PART 1)
                 
1. Mulakan Simpanan Persaraan SEKARANG
 
-Nasihat ini sering dan biasa didengari. Namun ia amat penting dan menjadi keutamaan anda untuk membayar balik semua hutang dengan secepat mungkin.

-Amalkan menyimpan sedikit duit dari setiap gaji bulanan anda dan wujudkan satu simpan "dana kecemasan" sebagai kemudahan buat anda apabila menghadapi pelbagai isu berkaitan kewangan. 

-Jangan menggunakan duit dengan sewenang-wenangnya. Jangan mudah percaya pada pelabur dan melabur tanpa mengetahui faedah dan kebaikannya.
             
2. Mula Jaga Kesihatan Anda SEKARANG
 
- Amalkan pemakanan seimbang dan senaman demi kesihatan anda.
               
3. Usah Bazirkan Masa Dengan Individu yang tidak menghargai Anda
 
- Usah bazirkan masa anda dengan kekalkan persahabatan yang tidak berbaloi.

- Jauhkan diri anda dari orang yang selalu beremosi negatif.

- Kelilingi diri anda dengan kawan yang membuat anda rasa baik tentang diri sendiri dan berfikiran positif.
             
4. Jaga dan Layan Orang Yang Disayangi Dengan Baik
 
- Jadikan diri anda sebagai individu yang boleh dipercayai apabila kawan anda menghadapi masalah. Jangan sesekali menyalahgunakan persahabatan anda.
             
5. Beri Fokus Pada Beberapa Kemahiran Yang Anda Paling Suka
 
- Anda tidak boleh mahir dalam semua bidang, jadi anda perlu sekurang-kurangnya mahir atau menjadi pakar dalam satu dua perkara.

- Sentiasa ingat matlamat kita dan jangan lupa diri.

- Bina kerjaya anda berdasarkan kemahiran utama anda.

- Abaikan usikan dan kritik orang lain tentang diri anda dan focus dan fahami kelebihan diri anda.
         
Sumber Rujukan :
http://markmanson.net/10-life-lessons-excel-30s

::TAZKIRAH - SI PEMURAH DAN SI BAKHIL::

               

         
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Nabi SAW bersabda, 

"Tidak berpagi-pagi seseorang itu melainkan turun kepadanya 2 malaikat lalu seorang daripada kedua-duanya dengan berkata, 

"Ya Allah, berikan ganti kepada orang yang berbelanja", 

dan seorang lagi pula berdoa dengan katanya, 

"Ya Allah, binasakanlah harta orang yang bakhil". 

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
                 
Huraian: 
 
Islam menggalakkan umatnya supaya gemar membelanjakan harta dan membenci sifat kedekut (bakhil). 

Harta yang dibekukan oleh seseorang akan dimusnahkan oleh Allah.

Islam melatih umatnya supaya menjadi manusia yang pemurah dan tidak menjadi manusia yang bakhil. 

Berbelanja atau tidak adalah hak seseorang sedangkan pembalasannya adalah hak Allah. 

Harus berdoa untuk orang yang pemurah supaya digantikan apa yang dibelanjakan dengan yang lebih baik daripada apa yang telah dibelanjakan, dan harus berdoa ke atas orang yang bakhil dengan dibinasakan hartanya yang ditahan daripada berbelanja pada jalan yang diwajibkan.