Friday, 4 January 2013

::PESANAN UNTUK ORANG MUDA::


sedutan khutbah 04 Januari 2012/ 21 safar 1434H::


Kita jangan hairan dengan orang-orang tua yang banyak beribadah. Jangan kita merasa kagum dengan warga emas yang sering berzikir dan mengingati Allah. Itu sudah sewajarnya menjadi tabiat manusia yang menyedari bahawa saat kematiannya semakin hampir.

Lain halnya dengan orang3 muda dan anak3 remaja. Mereka yang masih di bawah pertengahan usia ini mula merasa indahnya hidup dunia. Mereka mula mengenali keseronokan cinta manusia. Mereka merasa masih panjang untuk bermain pelbagai permainan yg diciptakan utk mereka. Namun, ini hanyalah pemuda biasa. Ini adalah kelaziman anak3 mereka.

Jesteru, mimbar Jumaat hari ini menyeru sekalian kaum Muslimin. Marilah kita mendidik anak3 muda dan remaja kita supaya dekat dengan agama. Hanya dengan didikan agama, kita akan selamat drpd segala kedukaan dunia dan kesengsaraan akhirat. Mimbar jg menyeru para remaja dan anak3 yg masih bersekolah. Penuhilah masa anda dengan peluang3 utk beribadah. Sudah selesaikah ilmu3 fekah yg dituntut?? Sudah sempurnakah cabang3 fardu ain yg mesti ditekuni sebelum maut??

Adakah kita sudah dpt membaca Al-Quran dengan bacaan yg betul dan lancar??? Adakah boleh melaungkan azan dan iqamat, atau sekurang3 nya memenuhi panggilan muezzin utk bersolat??? Manfaatkanlah usia muda anda dengan peluang utk beribadah. Walaupun ibadah xmenghalang anda beriadah. Jadikanlah para sahabat Rasulullah SAW sebagai role model kerana kesungguhan mereka mempertahankan baginda dalam membuat perubahan.

Lihatlah Usamah bin Zaid yg memimpin tentera Islam memerangi tentera Rom pada usia 18 tahun. Contohilah ketakwaaan Muhammad Al-Fatih yg memimpin tentera Islam menakluki Konstantinopel (Constantinople) pada usia 21thn. Pelajarilah lebih mendalam tentang Islam, agama kita. Islam bukan agama yg hanya mengatur urusan ibadah di dalam surau dan masjid.

No comments:

Post a Comment