sedutan
khudbah 12 september 2012/ 26 zulkaedah 1433H::
beberapa
minggu yang lalu, masyarakat Islam di Malaysia dikejutkan lagi dengan penyiaran
filem yang menghina Rasulullah SAW yang sekaligus menghina Islam. Lantaran itu
mimbar turut terpanggil untuk membicarakan isu mempertahankan kesucian Islam
pada khutbah kali ini sebagai menyatakan rasa marah, tidak pusa hati dan
terkilan terhadap penerbit dan negara yang dengan sengaja menerbitkan filem
yang menghina Rasulullah SAW. Sesungguhnya sudah terlalu banyak tulisan-tulisan
yang menghina Islam disiarkan.
Antara
penghinaan tersebut ialah penulisan buku versi setan oleh Salman Rusdi, 1989,
Taslima Nasreen, warga Bangladesh pada tahun 1990, dan laman web yang muncul
pada tahun 2011. Laman web ini telah meletakkan gambar perempuan bercoli dan
berseluar dalam serta diikuti gambar babi dan berbagai lagi objek jijik dan
diletak diatas kaabah.
Disinilah
pentingnya setiap individu Muslim, NGO-NGO Islam, parti-parti politik, jabatan
dan agensi yang menjaga pengurusan hal ehwal Islam termasuk kerajaan perlu
mempunyai tasawwur Islam yang jelas, halus dan teliti dan sepatutnya tampil
secara bersatu dan bersepakat membantah terhadap pihak yang melakukan
penghinaan keatas Islam dan rasul SAW. Pada masa yang sama semua pihak juga
kena sedar dan bertanggungjawab supaya dapat mengawal setiap kegiatan yang
dijalankan sama ada atas nama seni, kebebasan berkarya, kebebasan bersuara,
kebebasan berpendapat dan sebagainya yang dibenarkan tetapi handaklah berasaskan
tanggungjawab disamping tidak mempermainkan keharmonian kehidupan beragama. Suasana
ini hendaklah difahami dan dijaga, kerana Islam juga tidak membenarkan menghina
agama lain secara terbuka.
Oleh
itu, sebarang tindakan untuk menimbulkan kebencian oleh mana pihak merupakan
tindakan yang tidak bertamadun, mundur dan akan menjadikan kehidupan tidak
aman. Tindakan ini sudah pasti akam mewujudkan kesan negative yang berterusan
kerana adanya tindak balas dari pihak yang tidak berpuashati kerana kepercayaan
mereka dihina. Sesungguhnya pencabulan atau penghinaan terhadap mana-mana agama
termasuklah Islam, bukanlah lambang kebebasan sebenar. Ia hanyalah kebebasan
yang tidak bertanggungjawab kerana mengundang kemarahan dan bakal menyusahkan
banyak pihak kerana reaksi dan tindak balas yang akan timbul, seperti yang
terjadi sekarang.
sumber: Pusat Islam UPM
No comments:
Post a Comment