Friday 11 January 2013

::TANGGUNGJAWAB DAKWAH UMAT ISLAM KEPADA MUALLAF::


Sedutan khutbah 11Januari 2013/28Safar 1434H

Nabi Muhammad SAW bersabda;
“seseorang muslim adalah bersaudara bg muslim yg lain. Maka ia tidak akan menzalimi dan membiarkannya (menderita)”. (Riwayat al-Bukhari)

Perlaksanaan dakwah muallaf perlu dimainkan oleh semua pihak. Ia bukanlah tugasan yg dipikul oleh agensi atau individu tertentu shj. Ia menjadi tanggungjawab kita bersama, sama ada NGO, masjid, surau, rakan sekerja, pasangan hidup, ahli keluarga & pemimpin masyarakat. Sifat peka & mengambil berat akan kebajikan muallaf perlu dipupuk di kalangan kta semua, memandangkan ada sebahagian drpd muallaf yg disisihkan oleh keluarga kandung apbl mengambil keputusan utk kembali kpd fitrah semula jadi kta iaitu Islam.

Masjid dan surau sbg institusi utama dlm masyarakat perlu memainkan peranan penting dlm tugasan dakwah ini. Dakwah yg sebelum ini byk menjurus kpd orang awam perlu diperluaskan skopnya kpd muallaf agar mereka tidak merasa tersisih dalam masyarakat Islam sekaligus membuktikan peranan sebenar masjid dan surau. Bahkan ada di antara masjid3 yg telah aktif dalam melaksanakan usaha dakwah ini dgn mewujudkan biro muallaf atau biro dakwah dan muallaf bagi menjayakan usaha murni ini.

Begitu juga dgn NGO muslim yg ada, perlu bergerak aktif dlm melaksanakan dakwah ini dgn melaksanakan program dan aktiviti bagi membina kesedaran dan penghayatan muallaf terhadap Islam. Kepakaran3 tertentu spt bahasa, budaya dan pengalaman tertentu dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO) hendaklan=h dikongsi bersama muallaf.

Sifat persaudaraan sesame muslim inilah yg harus kita pupuk dama hidup bermasyarakat tanpa mengira bangsa, warna kulit mahupun paras rupa. Sekiranya saudara kita ditimpa musibah dan memerlukan pertolongan, maka hendaklah kita meringankan tulang membantunya. Mungkin pada masa hadapan giliran kita pula yg akan memerlukan bantuan mereka. Semangat persaudaraan sesame muslim terutamanya yg melibatkan muallaf di kawasan tempat tinggal kita, hendaklah kita bina atas dasar keimanan dan ketaqwaan  kpd Allah, bukannya kerana kekayaan, warna kulit, pengaruh dan atas sebab duniawi semata3.

No comments:

Post a Comment