Sedutan Khutbah: 25 Januari 2013/ 13 Rabiulawal 1434H
Nabi Muhammad s.a.w. merupakan nabi teragung dan rasul
terulung. Bahkan nama baginda juga bermaksud “yg terpuji”. Baginda merupakan
nabi dan rasul terakhir yg diutuskan Allah SWT untuk seluruh makhluk di muka
bumi ini.
Dalam memenuhi tuntutan keimanan dan tujuan meraih kecintaan
Allah SWT, perasaan cinta kepada kekasih-Nya iaitu nabi Muhammad s.a.w perlu
dipupuk dan disemarakkan. Namun persoalannya, bagaimana perasaan cinta terhadap
Baginda dapat ditanam dan disuburkan?
Perasaan cinta kepada Baginda s.a.w hanya wujud setelah
keperibadian Baginda dikenali, dipelajari dan dihayati. Bagi setiap orang yg
mengaku beriman kpd Allah SWT dan rasul-Nya maka wajib keatasnya dirinya dan
keluarganya untuk mengenali Baginda dengan lebih dekat sama ada melalui majlis3
pengajian, pembacaan kitab3 sirah, bacaan qasidah, rawi dan sebagainya.
Amat malang sekiranya ada dikalangan generasi kita umat
Islam pada hari ini yg tidak mengenali Nabi, apatah lagi isteri3, anak3 dan
para sahabat baginda. Malang juga bagi ibubapa yg tidak mendidik anak3 dalam
mengenali dan mencintai Baginda Nabi Muhammad saw. Malang bagi umat ini kerana
apabila Nabi tidak lagi dikenali maka ajaran Baginda akan ditinggalkan dan
ianya akan membawa kepada kesesatan, kemusnahan dan kehinaan.
Berselawat keatas Baginda s.a.w dapat menyuburkan rasa cinta
terhadap baginda. Sesiapa yg berselawat keatas Baginda sekali maka Allah SWT
akan berselawat iaitu mengurniakan rahmat dan ganjaran terhadapnya sepuluh
kali. Begitu juga mereka yg banyak berselawat kpd Baginda adalah manusia yg
paling utama menerima syafaat Baginda di hari perhitungan kelak. Daripada Abu
Hurairah R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Orang yang paling utama denganku (syafaatku) adalah
mereka yang paling banyak selawatnya keatasku”
Ingatlah, ilmu adalah kunci kearah keselamatan. Kerana tanpa
ilmu segala urusan tidak akan terpandu. Sesungguhnya, segala panduan kehidupan
telah ditunjuk dan dijelmakan oleh Rasulullah.
No comments:
Post a Comment