Friday, 18 January 2013

:: PENDIDIKAN ANAK-ANAK TANGGUNGJAWAB BERSAMA::



sedutan khutbah 18Januari 2013/6 Rabiulawal 1434H


Dalam Islam, tugas mendidik anak3 berkaitan pendidikan agama khususnya ilmu fardu Ain seperti pendidikan Al-Quran, ibadat solat, puasa, adab dan asas3 akhlak Islam perlu dilaksanakan oleh ibu bapa sendiri. Selain itu, masyarakat juga perlu bersama3 mendidik anak3 ini kerana dalam sejarah perkembangan Islam, peranan masjid dan surau adalah amat penting.

Tugas ini nampaknya hampir diserahkan sepenuhnya kepada guru3 di sekolah agama dan juga di sekolah3 kebangsaan, khususnya guru3 pendidikan Islam. Ini menjadikan tugas guru3 pendidikan Islam kini menjadi semakin lebih penting dalam usaha membangunkan generasi muda. Bagi memastikan usaha ini dapat dilaksanakan terdapat beberapa langkah segera yg boleh kita laksanakan bersama. Antaranya adalah;

Setiap ibubapa perlu memberikan pendidikan agama dan fardu ain kpd anak3 mereka semenjak dari kecil lagi. Tanggungjawab memberikan pendidikan agama adalah tanggungjawab ibubapa dirumah. Pendidikan agama anak3 bermula dari rumah dan bukannya bermula di sekolah.

Ibubapa perlu mempunyai pengetahuan agama dan kemahiran yg sesuai dalam mendidik anak3 mereka. Adalah menjadi kewajipan setiap ibubapa mempelajari ilmu fardu ain agar mereka dapat menjadi contoh kepada anak3 mereka.

Guru2 pula perlu memberikan pendidikan terbaik kepada anak3 murid mereka kerana kebanyakan anak3 masa kini lebih banyak bersama3 dengan guru di sekolah. Peluang keemasan untuk mendidik anak3 ini perlu digunakan sebaiknya oleh setiap guru. Tugas mendidik adalah tugas bersama semua guru dan bukannya tugas guru3 pendidikan Islam sahaja.

Sebagai kesimpulan, tugas mendidik anak3 adalah tanggungjawab bersama setiap ibubapa, guru dan ahli masyarakat. Tugas utama umat Islam ialah untuk membangunkan generasi muda yang lebih baik daripada kita. Dengan usaha yg bersungguh3 serta kerjasama yg kukuh daripada semua pihak akan dapat melahirkan anak3 yg beriman dan mengesakan Allah SWT.

sumber : PUSAT ISLAM UPM

No comments:

Post a Comment