Friday 22 March 2013

::ZINA GEJALA SOSIAL UTAMA MASA KINI::


sumber: Harian Metro

Pada hari ini kita melihat ramai orang hidup dalam suasana aman damai dan sejahtera. Malah ramai mempunyai pegangan agama yang kukuh dan anda juga mungkin seorang daripada mereka.

Tetapi sedarkah anda, adakah si anak tetap terjerumus dalam pelbagai masalah social. Sedangkan anda menyangka sudah member mereka didikan agama terbaik. Segala kehendak anak selaras dengan anjuran Islam anda berikan.

Ramai orang menyangka anak yang lahir dalam keluarga yang suami isteri sibuk sahaja akan terbabit dalam kencah social. Anggapan berkenaan adalah silap dan anda harus ke kem kesedaran untuk mengetahui betapa parahnya moral remaja hari ini.

Anda perlu dengar sendiri rungutan mereka yang baru mengetahui anak mereka pernah berzina seperti “Dah jaga betul-betul, cikgu. Nak buat macam mana lagi?”

Kesihan saya melihat ibu bapa yang terkejut dengan pengakuan si anak sambil mengalir air mata.

Kita akui zaman ini cabaran membesarkan anak remaja sangat besar. Cara pendidikan yang keras diamalkan ibubapa anda satu ketika dahulu mungkin tidak lagi sesuai diamalkan dizaman ini.

Terlalu banyak godaan remaja hari ini yang tidak ada pada zaman anda. Jika bentuk godaan yang sama wujud pada zaman anda sekalipun, belum tentu anda dapat tangani dengan baik sebagai remaja.

Satu godaan utama remaja hari ini adalah zina. Dalam sebuah hadis diriwayatkan Ahmad, Ibn Hibban dan al-Hakim, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Wahai Muslimin! Jauhilah zuna kerana perbuatannya mendatangkan enam keburukan, tiga didunia dan tiga diakhirat. Tiga akibat didunia adalah hilangnya seri wajah, memendekkan umur dan mendatangkan kefakiran. Tiga akibat diakhirat adalah kemurkaan Allah, hisab yang buruk dan azab neraka.”

Dalam hubungan ini, tinjauan Seks Sejagat Durex 2004 mendapati secara purata seseorang mula melakukan hubungan seks buat pertama kali  pada usia 17 tahun.

Sementara di Malaysia, purata usia remaja melakukan seks adalah 20 tahun pada 2001. Purata usia berkenaan merundum kepada 19.3 tahun 2004.

Lebih menggemparkan adalah kajian Durex pada 2005 membuktikan keadaan social remaja di Malaysia merundum teruk dengan statistic bahawa mereka mula mengadakan hubungan seks seawall 14.9tahun, berbanding purata usia diperingkat global iaitu 17.3 tahun.

Pencegahan adalah lebih mudah daripada merawat penyakit jangkitan seks. Hanya penyakit jangkitan seks akibat jangkitan bacteria mungkin boleh dipulihkan sepenuhnya.

Bagi penyakit jangkitan seks akibat virus kadangkala berada didalam badan untuk selamanya. Contohnya seperti Aids, Herpes dan Human Pupilloma Viruses.

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis diriwayatkan Ibnu Majah, al-Baihaqi dan al- Bazzar: “Dan tidaklah zahir perbuatan zina secara terang-terangan dalam sesuatu kaum melainkan akan merebak dalam kaum itu wabak dan penyakit oleh datuk nenek moyang mereka sebelum itu.”

Hari ini Amerika Syarikat, 25 peratus atau satu perempat remaja menderitai penyakit jangkitan seksual yang berbahaya seperti gonorrhea, Chlamydia, genital wart, herpes dan sebagainya.

Kajian sebuah syarikat londom mendapati pengguna kondom hanya 80peratus selamat daripada penyakit jangkitan seksual.

Manakala kajian National Survey on Sexual Attitudes mendapati seorang daripada empat wanita dan seorang daripada setiap tiga lelaki di Britain mengadakan hubungan seks sebelum umur 16 tahun.

Akhbar Daily Mail pula melaporkan, lebih 20 peratus remaja perempuan di Britain mengadakan hubungan seks dengan tiga lelaki berbeza sebelum berusia 14 tahun.

Sebuah akhbar harian yang melakukan tinjauan terhadap 100 remaja di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam mendapati 31 peratus sudah melakukan seks dan 23 peratus daripada golongan terbabit melakukannya sebelum mencecah 15tahun.

Seorang doctor di sebuah pusat kesihatan di sebuah institusi pengajian tinggi menceritakan mengenai pengalaman seorang biseksual yang menghidap penyakit jangkitan seksual.

Menurutnya, kemaluan pesakit berkenaan sudah bernanah dan si pesakit bercerita yang dia mempunyai 10pasangan dengan setiap pasangan yang sama dengannya. Jadi anda boleh bayangkan betapa ramai boleh dijangkiti dalan kelompok itu.

Dalam pada itu, kajian Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor daripada 30siri seminar motivasi di kendalikan di Lembah Klang menunjukkan 25peratus hinggan 30peratus pelajar sekolah menengah mengaku mengadakan hubungan seks sejak memasuki sekolah menengah.

Kesimpulannya, selain membekalkan ilmu agama kepada anak, sebagai ibubapa anda juga perlu bijak memainkan peranan, selalu bertanya, berinteraksi dan mengawasinya agar mereka tidak sekali-kali terjebak masalah social.



No comments:

Post a Comment