Friday 22 March 2013

::MEMAHAMI KONSEP BALDATUN TAYYIBATUN WA RABBUN GHAFUR::


SEDUTAN KHUTBAH 22 MAC 2013/10 JAMADILAWAL 1434H

Untuk merealisasikan konsep “Baldatun Toiyyibatun Wa Rabbu Ghafur” kita harus mencontohi kegemilangan dan kecermelangan kerajaan Saba”. Kita perlu melihat kegemilangan ini berdasarkan pandangan iman dan ilmu yang berteraskan ajaran Islam. Antara cirri-ciri penting untuk dikotakan oleh sesebuah pemerintahan Islam adalah:

1.       Dengan melaksanakan syariat Islam secara syumul atau holistic termasuk perlaksanaan segala hokum-hukumnya untuk member jaminan keamanan dan kemakmuran di dunia dan akhirat. Untuk mencapai ini perlaksanakan pemerintahan mestilah mengikut prinsip Maqasid Syariah iaitu keperluan asasi (dharuriah) yang memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

2.       Perlaksanaan konsep “Baldatun Toiyyibatun Wa Rabbun Ghafur” bertujuan untuk menjamin agar rakyatnya selamat dan terpelihara maslahah kehidupannya. Negara yang mengamalkan konsep ini, meletakkan peranan agama Islam sebagai peranan yang terpenting kerana apabila agama “selamat” maka perkara-perkara nyawa, maruah, keturunan dan harta turut selamat. Ini berbeza dengan konsepsi negara kebajikan yang ditaja oleh barat, penekanan mereka hanya kepada aspek kebendaan. Bagi Barat keperluan asasi rakyat ialah makanan, paikaian dan tempat tinggal sahaja. Tidak hairanlah negara kebajikan di Barat berdepan dengan masalah serius kerana kebendaan tidak boleh menjamin kebahagiaan manusia yang berpanjangan. Sebaliknya Islam menekankan kekuatan iman dan ilmu dalam membina konsep “Baldatun Toiyyibatun Wa Rabbun Ghafur”.

3.       Pemimpinnya yang adil, berani, amanah, berkemampuan, mindanya tajam, berilmu pengetahuan luas meliputi ilmu dunia dan akhirat dan kemahiran dalam pentadbiran.

4.       Syura hendaklah dipraktikkan secara sepenuhnya, membenarkan penglibatan rakyat dalam proses membuat keputusan dan menyediakan system yang adil dan saksama kepada semua pihak.

5.       Keadilan untuk semua, persamaan dikalangan semua warganegara tanpa mengira puak, bangsa atau asal usul. Menghormati dan melaksanakan prinsip hak persamaan sesame manusia dan semua hak-hak asasi manusia.

No comments:

Post a Comment