Friday 1 March 2013

::HINDARI GODAAN SYAITAN::



Sedutan Khutbah 1 Mac 2013 / 18 Rabiulakhir 1434H

Bagi menggambarkan betapa pentingnya umat manusia supaya berhati-hati  terhadap tipu daya syaitan, Allah menyebut kalimah syaitan sebanyak 86 kali. 68 kali disebut dengan lafaz mufrad, “Syaitan” dan 18 kali disebut dengan lafaz jamak, “Syayatin”. Tiada siapa boleh menyangkal peri perlunya setiap muslim menghindari tipu daya syaitan. Pemikir Islam terkenal, Dr Fathi Yakan pula berkata, bahawa terdapat 7 ruang penyusupan yg dipergunakan syaitan untuk menyesatkan manusia:-

Pertama: Menerusi sifat marah.

Apabila diri seseorg itu dikuasai oleh perasaan marah, maka bererti diri telah meminimakan peranan akal. Akal adalah anugerah Allah yg sangat berguna. Ia perlu dilindungi supaya boleh berfungsi kea rah kebaikan. Apabila akal di kesampingkan, maka itulah waktu yang sangat menggembirakan syaitan untuk menguasai diri manusia.

Ketiga: Menerusi Sifat gopoh gapah.

Sifat al a’jalah atau gopoh adalah lawan kepada sifat cermat dan berhati-hati. Sifat gopoh adalah sangat mudah terdedah kepada tipudaya syaitan. Ini kerana mereka yg melakukan sesuatu dengan gopoh tidak dapat membuat penilaian secara rasional menggunakan akal fikiran.

Keempat: Menerusi hasad dengki.

Hasad dengki adalah antara sifat pertama iblis laknatullah dalam pertembungannya dengan nabi Adam AS. Iblis berasa irihati, sombong dan takkabur apabila diperintahkan Allah supaya sujud kepada Adam yg lebih junior daripadanya.

Ketujuh: Buruk sangka terhadap kaum Muslimin.

Buruk sangka ialah sifat buruk yang menyebabkan seseorang itu sentiasa memandang buruk kepada orang islam yg lain, biarpun tiada petunjuk dan bukti terhadap keburukan yang didakwanya. Ia juga menyebabkan dia sentiasa berusaha dan mencari-cari kesalahan orang lain.

No comments:

Post a Comment