Thursday, 8 September 2011

BILA INGIN MEMIKAT SI WANITA



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam.
Buat lelaki, siapa yang tak mahu mencari gadis yang cantik lawa sebagai bakal isteri. Rata-rata mesti nak cari yang cun melecun, putih gebu, mata menggoda, bibir merah cantik bak delima, muka bujur sireh mempesona. Perghhh ... kalau citer nak cantik2 ... ayat bukan main ehh .. hahaha.

Namun, dalam sibuk nak mencari yang cantik (dan jika ketemu), perkara lain yang perlu juga dilihat adalah cantik dalam dua perkara ini, sebagai cermin tingkah laku dan sebagai menjadi asas untuk kekal bahagia ke akhirnya.

Bila mencari gadis yang cantik;

Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. 

Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga. Jadi, bagi lelaki .. jika ingin seorang isteri dan seorang ibu yang baik .. carilah yang pandai mengurus rumahtangga .... :)

Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibubapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak
menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja.
sekian dari saya....


blogger Anak Kampung
Wallahu A’lam Bishshawaab.

No comments:

Post a Comment