Saturday, 3 September 2011

NO LOVE NO CRY???



Bismillahirrahmanirrahim…


Tangisan dan air mata selalu sinonim dan seirama. Agak lucu jika menangis tanpa air mata, tangisan dan air mata ibarat sebuah sebab akibat.
mengapa no love no cry?
Cinta selalu sinonim dengan kelembutan hati setiap manusia, takkan pernah dapat menangis seorang manusia yang hatinya sentiasa diliputi dengan amarah, benci, dendam. kelembutan hati akan membawa pada sebuah suasana hati yang penuh empati, mudah tersentuh.

Maka tanyalah pada orang-orang yang sedang mencinta, mengapa mereka begitu mudah menitiskan air mata? Menitikkan air mata untuk sesuatu yang mereka cintai, kerana sedang disakiti oleh yang mereka cintai, atau sekadar bentuk pengharapan yang ditujukan kepada yang mereka cintai. Tidak lain dan tidak bukan adalah ketika telah mencintai, akan ada pautan dan jambatan hati, kepada sesuatu tersebut, sehingga pada suatu tahap telah menjadikan sesuatu tersebut tempat bergantung. Semua bermodalkan cinta.
Menangis, boleh jadi menjadi jalan terakhir yang ditempuh, ketika badai kepahitan dan kesusahan yang teramat sedang melanda. Jika tak ada “tempat” untuk menuangkan beban yang menyesakkan dada, menangis dapat jadi alternatif. Menangislah, jika harus menangis. Jika dengan menangis akan terbuang semua beban yang menerpa hati dan perasaan. Menangislah jika dengan menangis kamu akan bahagia. Menangislah jika dengan menangis akan mampu menikmati betapa manisnya  hidup manusia menempuh cubaan dan ujian Allah.
Menangislah.. Dan sila renungi untuk siapa tangisanmu? Adakah untuk seorang manusia yang takkan pernah kekal abadi rasa cintanya, untuk manusia yang selalu  membuatkan hati  kecewa. Dan renungilah untuk siapa bentuk segala cinta dan tangisanmu?
Jika jawapanmu cinta dan tangisanmu untuk Zat yang kekal abadi yang sentiasa mencurahkan Rahmat dan kasih sayangNya pada manusia, maka amat beruntunglah kamu. Jika tangisan untuk dosa yang telah dilakukan, semoga di ampuni dan Jika tangisan takut akan api neraka, amat beruntunglah kamu.

“Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotor oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”



Menurut  Ibnu Qayyim Al Jauziyah ada 10 Jenis Tangis iaitu :
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8). Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik – pura-pura menangis.



sekian dari saya....
blogger Anak Kampung
Wallahu A’lam Bishshawaab.

No comments:

Post a Comment