Friday 29 November 2013

::TAZKIRAH - MENYAMARATAKAN KASIH SAYANG::





RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.



Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:
 
 “Persamakan antara anak-anak kamu dalam pemberian”.? 
 
(Hadis Riwayat At-Tabrani)

Huraian:
 
Kasih sayang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan makhluk yang melata di muka bumi ini sama ada yang bergelar insan atau pun binatang. Begitu juga dengan ibu bapa terhadap anak-anak. Mereka hendaklah berlaku adil kepada anak-anak dalam setiap perkara, terutamanya dalam memberikan kasih sayang. Elakkanlah daripada berlaku penderaan emosi yang disebabkan oleh sikap pilih kasih dan sebagainya.
 
Rasulullah SAW pernah berpesan bahawa tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi orang lain sebagaimana dia mengasihani dirinya sendiri. Apa yang dia suka diperlakukan ke atasnya dan apa yang dibenci berlaku terhadap dirinya. Maka perkara yang sama juga mesti terjadi pada ibu bapa terhadap anak masing-masing.
 
Anak-anak memerlukan bimbingan daripada ibu bapa namun begitu ia tidak bererti bahawa anak-anak mesti dimanjakan dan diberi apa yang dimahukan oleh mereka tetapi mestilah disulami dengan aspek ketegasan yang bersesuaian dengan masa dan keadaan.

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
(SUMBER : JaKiM)

Thursday 28 November 2013

::TAZKIRAH - DENGKI::




RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
 
"Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki".
 
  (Hadis Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi)

Huraian:
 
Hasad dengki itu adalah seumpama api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti api yang membakar kayu.

Adanya perasaan dengki menunjukkan iman seseorang itu belum sempurna malah dengki merupakan sifat yang diwarisi daripada syaitan.

Seorang pujangga Arab pernah berkata: "Orang hasad tidak akan senang hidupnya dan orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan.

Dengki yang diharuskan dalam Islam hanyalah dengki yang menjadikan manusia berebut-rebut melakukan kebaikan seperti berlumba-lumba menuntut ilmu atau berlumba-lumba melakukan ibadat dan yang seumpamanya.

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
(SUMBER : aL-HaDiS)

Monday 25 November 2013

::TAZKIRAH - KELEBIHAN MENUNTUT ILMU::





RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.


Rasulullah s.a.w bersabda: 
 
"Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan”. 
 
(Hadis Riwayat Abu ad-Darda' r.a)

Huraian:

Penuntut ilmu agama adalah bakal muballigh (penyampai maklumat) Islam, maka merekalah yang akan menyebarkan agama Allah sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah kepada rasul-Nya.

Menuntut ilmu agama adalah tidak tertentu kepada satu-satu golongan sahaja melainkan ia adalah wajib dituntut oleh setiap orang Islam demi menjamin kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat.

Kita selaku umat Islam dilarang memperlekehkan golongan alim ulama' dan penuntut ilmu agama ini kerana Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa para malaikat sendiri seluruhnya memberikan penghormatan yang tinggi kepada mereka disebabkan kemuliaan ilmu yang dituntut itu.

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
(SUMBER : aL-HaDiS)

Wednesday 20 November 2013

::TAZKIRAH - TIGA GOLONGAN YANG MENJADI AHLI SYURGA::





RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 

Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum karabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai. 

(Hadis Riwayat Muslim)
 
Huraian:
 
Tiga golongan yang menjadi ahli syurga ialah:

Pemerintah yang berlaku adil di dalam pemerintahannya.

Orang yang mempunyai sifat kasih sayang serta berlemah lembut khususnya kepada ahli keluarga dan umumnya kepada sesama Islam.

Seseorang yang tabah dan cekal menghadapi kesusahan hidup tanpa mengharapkan pertolongan orang lain.

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
(SUMBER : JaKiM)

::Nusyuz vs Dayus::

 
Isteri boleh jadi nusyuz (derhaka) di FB seperti apabila mendedahkan kelemahan suami dalam fb, mengadu2 lemahya suami dalam status. gagalnya suami dalam sediakan itu ini untuk diri dan keluarga, aibkan suami, maklumkan yang suami teruk dan etc. 

Suami pula boleh jadi dayus kerana biarkan isteri mendedahkan aurat di fb, bergedik posing dan tayang body, atau suami sendiri yang pamerkan gambar peluk dgn isteri dengan aurat terbuka, cium sedang intim etc. Biarkan isteri berhubungan dgn bf lama dan izinkan komunikasi intim dgn laki bukan mahram.
 
Sumber: Layar Minda

Tuesday 19 November 2013

::TAZKIRAH - ORANG MUKMIN YANG TENANG::



RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.

Daripada Ibnu Umar R.huma katanya, bersabda Rasulullah SAW, 
 
"Orang mukmin sentiasa berada di dalam ketenangan agamanya (dengan mengharapkan rahmat Allah) selagi dia tidak menumpahkan darah secara haram (tidak pernah membunuh melainkan dengan kebenaran yang hak)". 
 
 (Hadis Riwayat Bukhari)
 
Huraian:
 
Orang mukmin yang tenteram ialah orang mukmin yang sentiasa menjaga haknya dan menjaga hak orang lain serta tidak menganiaya.

Manusia itu sentiasa di dalam keadaan keluh kesah apabila menghadapi suatu ujian melainkan orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan menjaga hak-hak yang disuruh oleh Islam.

Hendaklah dijauhi daripada perbuatan aniaya sesama mukmin kerana perbuatan tersebut akan merugikan agama Islam.

Membunuh tanpa hak adalah dosa besar yang menutup harapan rahmat Allah dan menyebabkan pelakunya termasuk golongan orang yang putus asa daripada rahmat sekiranya dia tidak bertaubat.

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
(SUMBER : JaKiM)

Thursday 14 November 2013

::TAZKIRAH - AMALAN SEDEKAH MENYUBUR KEIMANAN::


RENUNGAN  UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, 
 
“Setiap anggota manusia dkehendaki memberi sedekah selagi matahari terbit. 
 
Mendamaikan antara dua orang (yang bertelingkah itu) merupakan sedekah, 
 
menolong orang yang hendak menaiki kenderaan adalah sedekah atau mengangkat barangan ke atas kenderaan adalah sedekah, 
 
kata-kata yang baik adalah sedekah, 
 
setiap langkah perjalanan untuk sembahyang adalah sedekah 
 
dan membuang benda yang berbahaya dari jalan adalah sedekah”. 
 
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Huraian:
 
Setiap kebaikan yang dilakukan oleh anggota manusia adalah sedekah dan ia akan diberi balasan pahala oleh Allah SWT.

Islam menyuruh umatnya supaya sentiasa melakukan kebaikan kepada manusia dengan memberi pertolongan, menyumbang bantuan tenaga dan menghindarkan sesuatu yang mendatangkan mudharat kepada manusia.

Semua amalan baik yang dilakukan oleh seseorang dengan tulus ikhlas adalah merupakan ibadat dan ia akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT.

Sedekah bukan hanya dengan mengeluarkan harta dan wang ringgit malah makna sedekah lebih luas daripada itu seperti yang ditunjukkan oleh hadis ini iaitu bersedekah dengan tenaga dan bersedekah dengan kata-kata.

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
(SUMBER : JaKiM)

Wednesday 13 November 2013

::TAZKIRAH - INGAT MATI MELEMAH HAWA NAFSU::



RENUNGAN  UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.

Daripada Abdullah bin Abbas dan Anas bin Malik RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, 
 
“Andai kata seseorang anak Adam telah mempunyai satu lembah emas nescaya dia ingin pula hendak mempunyai dua lembah.
 
 Dia tidak akan puas dengan harta dunia sehingga akhir hayatnya (mulutnya dipenuhi tanah) dan Allah Taala menerima taubat hamba-Nya yang benar-benar bertaubat.” 
 
(Hadis Bukhari dan Muslim)

Huraian:
 
Nafsu sentiasa mendorong manusia untuk menguasai harta tanpa batasan. Sifat ini dicela jika ia menyebabkan seseorang itu mengabaikan perintah Allah.

Mengingati mati menjadi pengajaran besar kepada manusia untuk mengawal nafsu.

Orang yang bersungguh-sungguh bertaubat, Allah Taala akan menerima taubatnya itu.

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
(SUMBER : JaKiM)

Tuesday 12 November 2013

::12 Kaum yang dibinasakan Allah SWT::



Inilah 12 Kaum Yang Dibinasakan Oleh Allah! Dalam al-Quran, banyak sekali diceritakan kisah umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah kerana mereka mengingkari utusan-Nya dan melakukan berbagai-bagai penyimpangan yang telah dilarang. Yang berikut ialah kaum yang dibinasakan.

Kaum Nabi Nuh

Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh (al-Ankabut: 14).

Kaum Nabi Hud

Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Lalu Allah mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (at-Taubah: 70, al-Qamar: 18, Fushilat: 13, an-Najm: 50, Qaf: 13).

Kaum Nabi Saleh

Nabi Saleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (al-Hijr: 80, Hud: 68, Qaf: 12).

Kaum Nabi Luth


Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan homoseksual dan lesbian, iaitu hanya mahu berkahwin dengan pasangan sesama jenis. Kendati pun sudah diberi peringatan, mereka tak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (al-Syu’ara: 160, an-Naml: 54, al-Hijr: 67, al-Furqan: 38, Qaf: 12).

Kaum Nabi Syuaib


Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah karena mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan. Apabila membeli, mereka minta dilebihkan dan apabila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Kendatipun mereka berlindung di tempat yang teduh, hal itu tidak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa. (at-Taubah: 70, al-Hijr: 78, Thaaha: 40, dan al-Hajj: 44).

Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pepohonannya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah). (al-Hijr: 78, al-Syu’ara: 176, Shad: 13, Qaf: 14).

Firaun

Kaum Bani Israel sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Firaun akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya tidak reput dan telah ditemui oleh ahli arkeologi moden. Hingga kini masih boleh disaksikan di muzium mumia di Mesir (al-Baqarah: 50 dan Yunus: 92).

Ashab Al-Sabt


Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (al-A’raf: 163).

Ashab al-Rass

Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Sesetengah riwayat mengatakan, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada pula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan karena mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga mereka dibinasakan Allah (al-Furqan: 38 dan Qaf : 12).

Ashab al-Ukhdudd

Ashab al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman dicampakkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang tengah menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (al-Buruj: 4-9).

Ashab al-Qaryah

Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Antaqiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (Yasin: 13).

Kaum Tubba’


Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air (ad-Dukhan: 37).

Kaum Saba


Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan bendungan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim). (Saba: 15-19).

Sumber :: http://fuh.my/inilah-12-kaum-yang-dibinasakan-oleh-allah/#sthash.ynLK7xP4.dpuf

::TAZKIRAH - PENDAPATAN HARAM::


RENUNGAN  UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.




Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:? 
 
Tidak seorangpun yang bekerja untuk mendapatkan kekayaan dengan jalan haram kemudian ia membelanjakan padanya dengan harapan mendapat berkat daripadanya dan ia bersedekah dengannya dengan harapan sedekah itu akan diterima dan meninggalkan harta pusaka (sesudah meninggal) melainkan semua itu sebagai bekalannya ke neraka...” 
 
(Hadis Riwayat Ahmad)

Huraian:


Melibatkan diri dalam kegiatan yang haram hukumnya adalah haram. Begitu juga hasil pendapatan dari yang haram hukumnya adalah haram.

Pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti ahli profesional iaitu sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang merangkumi ganjaran daripada khidmatnya seperti khidmat guaman, juru perunding dan sebagainya.

Gaji dan pendapatan bebas adalah wajib dikeluarkan zakat berdasarkan syarat-syarat yang telah di tentukan.

Pendapatan yang diperolehi oleh seseorang daripada sumber yang haram seperti wang riba, perjudian, rasuah dan seumpamanya hendaklah ditolak dari kiraan pendapatan yang dizakatkan.

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
(SUMBER : JaKiM)

Monday 11 November 2013

::TAZKIRAH - BERANI KERANA BENAR::




RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.




Daripada Abu Sa’id Al-khudriy RA daripada Nabi SAW sabdanya, 
 
“Sebaik-baik perjuangan ialah bercakap benar di sisi sultan (pemerintah) yang zalim”. 
 
 (Hadis Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Huraian:

Hendaklah kamu berjuang memerangi orang-orang yang zalim yang menghalang daripada mengerjakan suruhan Allah.

Setiap rakyat dikehendaki berani menyampaikan yang benar (menurut keadilan) kepada pemerintah dengan cara yang ikhlas dan berpatutan supaya penyelewengan tidak akan terus berlaku.

Amar makruf dan nahi mungkar di hadapan penguasa yang zalim menjadi jihad yang terbaik kerana ia menunjukkan kekuatan iman dan keyakinannya dengan janji-janji Allah SWT, sehingga dia berani menegur penguasa yang zalim itu tanpa merasa bimbang ke atas keselamatan dirinya daripada tindakan keras penguasa berkenaan malah dia sanggup bergadai nyawa untuknya menegakkan kalimah Allah SWT , dan ini lebih berbahaya daripada mentang musuh di medan perang.

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
(SUMBER : JaKiM)

Friday 8 November 2013

::TAZKIRAH - MOHONLAH KEAMPUNANNYA::






RENUNGAN PAGI UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.



Anas bin Malik R.A meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: Maksudnya: 
 
“Allah S.W.T berfirman:
 
 “Wahai anak Adam, jika engkau berdoa dan berharap padaKu, nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang ada padamu dan Aku tidak peduli. 
 
Wahai anak Adam, jika dosamu mencapai awan sekalipun, kemudian engkau meminta ampun padaKu, nescaya Aku ampunkan engkau dan Aku tidak peduli. 
 
Wahai anak Adam, jika engkau datang padaKu membawa dosa sepenuh bumi sekalipun, lalu engkau mendatangiKu tanpa menyekutukanKu dengan sesuatu, Aku akan mendatangimu dengan keampunan yang sepenuhnya”. 
 
 (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
(SUMBER : aL-HaDiS)

Thursday 7 November 2013

::TAZKIRAH - CINTA ALLAH::





RENUNGAN PAGI UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.




Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : 
 
Demi Allah yang jiwa ku di tangan-Nya tidak beriman seseorang kamu sebelum aku menjadi orang yang lebih dikasihinya daripada bapanya dan anaknya.�:
 
 (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Manusia itu jika kita terlalu mencintainya akan merana, buta panduan. kerana manusia hidupnya takkan kekal.
 
Allah itu jika terlalu mencintaiNya akan bahagia selamanya kerana dia maha abadi.

Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.

Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.

Wednesday 6 November 2013

::TAZKIRAH - KEBAHAGIAAN MEMBERI DAN MENERIMA::


RENUNGAN PAGI UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.



Dari Abu Said al-Khudri r.a, dari Nabi S.A.W, baginda telah bersabda yang maksudnya:
 
Mana-mana orang mukmin yang memberi makan kepada seorang mukmin semasa ia lapar, nescaya Allah memberi makan kepadanya pada hari kiamat dari buah-buahan Syurga; 
 
dan mana-mana orang mukmin yang memberi minum kepada seorang mukmin semasa ia dahaga, nescaya Allah memberi minum kepadanya pada hari kiamat dari minuman syurga yang tersimpan dengan sebaik-baiknya; 
 
dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakai kepada seorang mukmin semasa ia memerlukan pakaian, nescaya Allah memberi pakaian kepadanya dari pakaian syurga.
 
 (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Huraian:

Islam memberi galakan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk bagi meringankan beban yang ditanggung lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.

Perbuatan memberi dengan diiringi hati yang tulus akan membuatkan hati seseorang berasa tenang dan damai.

Rasulullah S.A.W, bahawa tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah, maka memberi adalah lebih baik daripada menerima.

Berusahalah untuk lebih banyak memberi daripada menerima pemberian orang lain.

Monday 4 November 2013

::TAZKIRAH - LARANGAN MENYOMBONG DIRI::


 
RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
 
 “Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah?. Seseorang lelaki berkata, Sesungguhnya seseorang itu suka pakaian dan kasutnya cantik. Baginda s.a.w. bersabda,?Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Allah suka kepada keindahan”. 
 
(Hadis Riwayat Muslim)
 
Huraian:
 
Sifat sombong dan takbur adalah ditegah oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya demi menjaga kesejahteraan hidup.

Kita harus melakukan apa sahaja yang disukai demi keselesahan dirinya sendiri mahupun keluarga tetapi janganlah sampai melanggar batas syariat dan janganlah berniat untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah kepada orang lain kerana ia akan menimbulkan perasaan dengki dan benci orang lain yang mengakibatkan permusuhan.

Islam tidak melarang umatnya daripada mengutamakan keindahan dalam sesuatu perkara kerana keindahan itu adalah kesempurnaan yang boleh membangkitkan ketenangan.

Friday 1 November 2013

::TAZKIRAH PAGI - SEIMBANG DUNIA DAN AKHIRAT::





RENUNGAN PAGI UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.



Dari Abu Hurairah r.a katanya:?Nabi saw. bersabda yang maksudnya:?
Sesungguhnya agama (Islam) itu ringan. Sesiapa yang memperberat-beratkannya maka dia akan dikalahkan oleh agama. Oleh itu kerjakanlah (agama itu) mengikut sepatutnya atau mendekatinya dengan yang sepatutnya dan gembiralah (kerana akan beroleh pahala) serta beribadatlah (mohonlah pertolongan Allah) pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam.?
 (Hadis Riwayat Bukhari)

Huraian:

Tujuan ibadah adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Ibadah itu hendaklah dikerjakan sebaik mungkin (menepati kehendak syarak) tanpa melebih-lebihkannya.

Yang dimaksudkan dalam hadith di atas sebagai ˜dikalahkan oleh agama' ialah keadaan seseorang yang menjadi lemah lantaran terlalu kuat mengerjakan ibadah hingga lupa menguruskan keperluan dirinya seperti mencari nafkah menyara hidup ahli keluarga dan sebagainya.

Islam juga menyuruh manusia agar berusaha gigih untuk mencari penghidupan yang baik di dunia dan bukan menumpukan segala usaha untuk bekalan akhirat semata hingga melupakan dunia sewenang-wenangnya sedangkan dunia adalah jambatan ke akhirat.

Manusia mestilah bijak mengimbangi antara keperluan dunia dan akhirat agar tidak termasuk di kalangan orang-orang yang rugi.

::TAZKIRAH PAGI - IHSAN MAJIKAN::



RENUNGAN PAGI UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:
 
Apabila hamba sahayamu membuatkan makanan bagimu, kemudian makanan itu dibawanya ke hadapanmu dalam keadaan panas dan berasap, suruhlah ia duduk dan makanlah bersama-sama dengannya. Jika makanan itu hanya sedikit, letakkan di tangannya sesuap atau dua suap. 
 
 (Hadis Riwayat Muslim)

Huraian:
 
Layanan terhadap orang gaji atau pekerja bawahan dilakukan dengan membayar gajinya sebelum keringatnya kering.

Tidak membebaninya dengan sesuatu yang ia tidak sanggup dilakukannya, menjaga kehormatannya dan menghargai kebaikannya.
Beri makan dari apa yang kita makan dan diberi pakaian sebagaimana yang diperlukan.

Dalam diri seorang majikan itu juga tidak sepatutnya ada sifat angkuh dan sombong kerana dua sifat ini sangat dibenci oleh Allah SWT.

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari, Umar bin Abdul Aziz berkata kepada hamba sahaya perempuannya, Kipaslah aku sampai aku tertidur.�
 
 Lalu, hambanya pun mengipasnya hingga ia tertidur. Kerana sangat mengantuk, hamba itu juga tertidur. Ketika Umar bangun, beliau mengambil kipas tadi dan mengipas hamba sahayanya. Ketika hamba sahaya itu terbangun, maka ia pun terkejut mendapati tuannya melakukan hal tersebut. Umar kemudian berkata, Engkau adalah manusia biasa seperti diri ku dan berhak mendapat kebaikan seperti halnya aku�.