RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:?
Tidak seorangpun yang bekerja untuk
mendapatkan kekayaan dengan jalan haram kemudian ia membelanjakan
padanya dengan harapan mendapat berkat daripadanya dan ia bersedekah
dengannya dengan harapan sedekah itu akan diterima dan meninggalkan
harta pusaka (sesudah meninggal) melainkan semua itu sebagai bekalannya
ke neraka...”
(Hadis Riwayat Ahmad)
Huraian:
Melibatkan diri dalam kegiatan yang haram hukumnya adalah haram. Begitu juga hasil pendapatan dari yang haram hukumnya adalah haram.
Huraian:
Melibatkan diri dalam kegiatan yang haram hukumnya adalah haram. Begitu juga hasil pendapatan dari yang haram hukumnya adalah haram.
Pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti ahli profesional iaitu sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang merangkumi ganjaran daripada khidmatnya seperti khidmat guaman, juru perunding dan sebagainya.
Gaji dan pendapatan bebas adalah wajib dikeluarkan zakat berdasarkan syarat-syarat yang telah di tentukan.
Pendapatan yang diperolehi oleh seseorang daripada sumber yang haram seperti wang riba, perjudian, rasuah dan seumpamanya hendaklah ditolak dari kiraan pendapatan yang dizakatkan.
PUSAT ISLAM UNIVERSITI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
(SUMBER : JaKiM)
No comments:
Post a Comment