Monday 11 November 2013

::TAZKIRAH - BERANI KERANA BENAR::




RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.




Daripada Abu Sa’id Al-khudriy RA daripada Nabi SAW sabdanya, 
 
“Sebaik-baik perjuangan ialah bercakap benar di sisi sultan (pemerintah) yang zalim”. 
 
 (Hadis Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Huraian:

Hendaklah kamu berjuang memerangi orang-orang yang zalim yang menghalang daripada mengerjakan suruhan Allah.

Setiap rakyat dikehendaki berani menyampaikan yang benar (menurut keadilan) kepada pemerintah dengan cara yang ikhlas dan berpatutan supaya penyelewengan tidak akan terus berlaku.

Amar makruf dan nahi mungkar di hadapan penguasa yang zalim menjadi jihad yang terbaik kerana ia menunjukkan kekuatan iman dan keyakinannya dengan janji-janji Allah SWT, sehingga dia berani menegur penguasa yang zalim itu tanpa merasa bimbang ke atas keselamatan dirinya daripada tindakan keras penguasa berkenaan malah dia sanggup bergadai nyawa untuknya menegakkan kalimah Allah SWT , dan ini lebih berbahaya daripada mentang musuh di medan perang.

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
(SUMBER : JaKiM)

No comments:

Post a Comment