Friday 15 February 2013

::PROTOKOL YAHUDI MENGHANCURKAN UMMAT::




Sedutan Khutbah 15 Februari 2013 / 04 Rabiulakhir 1434H

Protocol Yahudi ini kian mempengaruhi hidup generasi muda sehinggakan ramai umat islam telah di cengkam oleh pemikiran Yahudiah dan akhirnya umat Islam khususnya generasi muda kita jatuh tersungkur. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 10:

“orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut millah (agama) mereka (yang telah terpesong itu)”.

Diantara perkara yang menggempur pemikiran Umat Islam ialah dengan perlaksanaan “ss” iaitu screen, smoke, sport, sing & song dan seks.

1.       Screen atau filem. Melalui filem, Yahudi Berjaya melakukan propaganda memburuk-burukkan Islam, menghina Rasulullah, menggalakkan pergaulan bebas di kalangan muda-mudi, menampilkan fesyen dan budaya songsang, melahirkan fahaman dan akidah sesat dan sebagainya.
2.       Smoke atau rokok. Melalui rokok inilah kita menyumbangkan kira-kira 10juta dolar US sehari membantu ekonomi Yahudi untuk membunuh Umat Islam di Palestin. Malah melalui rokoklah akhirnya boleh melarat kepada penagihan najis dadah.
3.       Sport atau sukan. Perlaksanaan temasya sukan yang ditaja oleh syarikat-syarikat arak dan rokokdalam menjayakannya, pendedahan aurat yang nyata, pergaulan bebas dan terdapat unsur-unsur Majusiah iaitu ungun api di dalam perlaksanaannya.
4.       Sing & Song atau nyanyian. Melalui nyanyian dan hiburan telah banyak memesongkan akidah umat Islam dengan pemujaan terhadap syaitan dan wanita yang mengakibatkan kalalaian dan lupa kepada Allah dan Rasul.
5.       Seks. Penerapan budaya songsang di kalangan masyarakat terutamanya belia. Berlakunya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sehingga merangsang perlakuan seks yang tidak terkawal. Natijahnya ramai anak zina lahir dan ianya sangat mengancam generasi Islam pada masa akan datang

No comments:

Post a Comment