Friday 8 February 2013

::MUHASABAH DIRI SEBAGAI PEMIMPIN:





Sedutan Khutbah 8 February 2013 / 27 Rabiulawal 1434H

Firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab ayat 72:
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah (tanggungjawab agama) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya. (Pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikul amanah itu. (Ingatlah) sesungguhnya (kebanyakan) manusia adalah suka melakukan kezaliman dan amat bodoh”.

Bermuhasabah adalah suatu perkara yg amat penting dan menjadi pemangkin dalam kehidupan seorang mukmin dan perlu disebatikan dalam jiwa sanubarinya kerana kita semua adalah sebagai pemimpin. Bagi memastikan agar setiap insan bergelar pemimpin tidak terjerumus dalam kemurkaan Allah maka menjadi keperluan untuk sentiasa bermuhasabah dan menghitung diri tentang tujuan perlantikan dan matlamat kehidupannya. Sebelum bermuhasabah perlu untuk setiap kepimpinan mengetahui tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Antaranya ialah hendaklah:

Pertama: Memastikan ibadah solat menjadi keutamaan bagi dirinya dan seluruh pimpinannya.

Apabila bermuhasabah maka rukun utama ini perlu dititik beratkan. Tiada gunanya bermuhasabah seandainya perkara asas ini diabaikan. Sehubungan itu perlu untuk setiap pemimpin menjadikan solat sebagai keutamaan dan semoga matlamat dan tujuan dapat dicapai. Solat adalah doa yg menjadi penghubung secara langsung dgn Allah SWT yg menjadi tiang kepada agama.

Kedua : Memastikan sumber pendapatan bersih daripada sebarang sumber yg diharamkan oleh Allah SWT.

Selain dari memahami pentingnya muhasabah maka kita tidak boleh mengabaikan perkara yg boleh menyebabkan doa kita di tolak oleh Allah SWT. Pendapatan yg diperolehi akan menjadi sumber makan minum dan akan menjadi darah daging samaada untuk diri, keluarga juga seluruh tanggungannya.

No comments:

Post a Comment