Friday, 5 October 2012

:: KEHIDUPAN DI USIA SENJA ::



sedutan khudbah 05 september 2012/ 19 zulkaedah 1433H:: 

sama ada suka ataupun tidak suka, mahu ataupun tidak mahu, kita harus menerima hakikat dan kenyataan bahawa setiap yang muda akan beralih menjadi tua apabila sampai masa yang di tetapkan Allah. Rasulullah SAW berpesan dan mengingatkan bahawa orang yang tidak menghormati orang tua bukan golongan muslim sebagaimana sabdanya yang bermaksud:

"Bukanlah daripada golongan kami, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecik kami."

Dewasa kini jelas kita lihat berlakunya sikap mengabaikan tanggungjawab terhadap orang tua termasuk ibubapa semakin banyak berlaku dalam masyarakat kita. ramai golongan tua terbiar dan tak kurang pula yang dihantar ke rumah-rumah kebajikan. lebih menyedihkan lagi, terdapat  anak yang sanggup mendera dan mencederakan ibubapa. malah, pernah terjadi anak membunuh orang tuanya disebabkan tamak kepada wang atau harta.

mengikut statistik jabatan kebajikan masyarakat pada tahun 2010 seramai  1436 orang-orang tua telah direkodkan ke rumah-rumah kebajikan. jumlah ini bertambah kepada 1804 orang pada tahun 2011. dari januari hingga julai 2012 seramai 2020 orang penghuni telah ditempatkan di rumah-rumah kebajikan masyarakat, dari jumlah tersebut 982 orang adalah melayu Islam. 19% dari jumlah kemasukan kerumah kebajikan adalah kes-kes pengabaian dan dipinggir oleh keluarga sendiri. 26% berkaitan masalah penjagaan, manakala 3% berkaitan dengan masalah penderaan. ini suatu jumlah yang membimbangkan masyarakat hari ini. amat mengecewakan lagi, ada dikalangan penghuni rumah kebajikan ini mempunyai anak-anak yang berjawatan tinggi, namun mereka masih sanggup menghantar ibubapa mereka kerumah kebajikan??

ingatlah wahai muslimin sekalian bahawa kasih ibubapa kepada anak-anak berpanjangan di sepanjang hayat, pengorbanan yang dicurahkan siang dan malam, tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada anak kerana menginsafi anak itu adalah lahir daripada kandungannya yang dijaga selama sembilan bulan....

sumbangan : pusat islam UPM

No comments:

Post a Comment