Sunday, 5 February 2012

:: Nama2 Isteri Rasulullah s.a.w ::


1: Khadijah Binti Khuwailid: (meninggal dunia pada tahun 3 Sebelum Hijrah)Seorang saudagar kaya yang berkahwin dengan Rasulullah ketika berumur 40 tahun. Merupakan isteri pertama baginda.

2) Sawdah Binti Zam’ah:meninggal dunia pada tahun 23 Hijrah / 643 Masehi)
Berkahwin dengan Rasulullah pada bulan Syawal tahun ke-10 kenabian.

3) Aisyah Binti Abu Bakar As-Siddiq r. (meninggal dunia pada tahun 58 Hijrah)
Berkahwin dengan Rasulullah pada bulan Syawal pada tahun ke-11 kenabian setahun selepas perkahwinan Rasulullah dengan Sawdah

4) Hafsah Binti Umar Al-Khattab (meninggal dunia pada tahun 45 Hijrah)
Berkahwin dengan Rasulullah pada tahun ke-3 Hijrah. Menjadi janda selepas kematian suaminya Khunays Bin Hudhafah antara Perang Badar dan Uhud.

5) Zainab Binti Jahsy:(meninggal dunia pada tahun 20 Hijrah)
Berkahwin dengan Rasulullah pada tahun ke-4 Hijrah. Bekas isteri Abdullah Bin Jahsy yang gugur syahid dalam Perang Uhud. Digelar Ummu al-Masakin (ibu orang miskin) sebab sifat pemurah dan penyanyangnya kepada yang miskin. Namun meninggal dunia dua atau tiga bulan selepas berkahwin dengan Rasulullah.

6) juwayriyyah Binti al-Harith:(meninggal dunia pada tahun 56 Hijrah)
Berkahwin dengan Rasulullah pada bulan Syaaban 6 Hijrah.

7: ummu Salamah Hindun Binti Abu Umayyah:(meninggal dunia pada tahun 57 Hijrah / 676 Masehi)Berkahwin dengan Rasulullah pada Syawal 4-Hijrah.

8: Safiah binti Huyai bin Akhtab (meninggal dunia pada tahun 50 Hijrah)
Merupakan tawanan perang Khaybar. Rasulullah memerdekakannya serta mengahwininya setelah berjaya menakluk Khaybar.

9: Ummu Habibah binti Abi Sufian (meninggal dunia pada tahun 44 Hijrah / 664 Masehi)Berkahwin dengan Rasulullah pada bulan Muharam tahun ke-7 Hijrah. Bekas isteri kepada Ubaydullah Bin Jahsy yang bercerai dengan suaminya atas sebab suaminya telah murtad dan memeluk agama Nasrani.

10) Mariah Al-Qibtiah (meninggal dunia pada tahun 16 Hijrah / 637 Masehi)

11: Maymunah Binti al-Harith:(meninggal dunia pada tahun 50 Hijrah / 670 Masehi)
Berkahwin dengan Rasulullah pada bulan Zulkaedah tahun ke-7 Hijrah. Saudara perempuan Ummu al-Fadl Lubabah Binti al-Harith.

No comments:

Post a Comment