:: 4 jenis lelaki yang ditarik perempuan ke neraka ::
Di
akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam
neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya
supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama
berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab
yang dipikul..
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak
perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama
seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan
anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan
hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka
oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila si suami tidak
memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,
memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki
yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim
seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut
ditarik oleh isterinya ke neraka.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh
ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya
sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM
...tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang
haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata &
sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di
akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita
lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di
akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar
ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.
Firman Allah SWT:-
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari
api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya
malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah
terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan
apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)
Harga seseorang
muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim
dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid
dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak
mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada
kita...wallahua'lam
No comments:
Post a Comment