Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
Aku adalah sebagai penjamin yang memberi
jaminan untuk seseorang memperolehi sebuah rumah di halaman syurga iaitu
bagi orang yang meninggalkan perbuatan berbantahan sekalipun
perbantahan itu benar,
dan juga sebuah rumah di pertengahan syurga bagi
orang yang meninggalkan perbuatan dusta sekalipun dengan tujuan bergurau
senda,
dan juga sebuah rumah di puncak syurga bagi orang yang
memperbaiki akhlak dan berbudi mulia.
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Huraian:
Huraian:
Orang yang suka bertengkar walaupun di dalam perkara yang baik adalah dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya kerana ia adalah antara perbuatan yang keji yang boleh merosakkan hubungan baik di dalam masyarakat.
Orang yang suka bergaduh, berdusta dan tidak berakhlak mulia tidak akan mendapat jaminan dan syafaat daripada Rasulullah s.a.w di akhirat kelak.
Islam melarang umatnya berdusta kerana perbuatan tersebut akan membawa kepada fitnah yang menimbulkan permusuhan seterusnya boleh mencetuskan huru-hara di dalam masyarakat.
Kita hendaklah berusaha untuk memperbaiki akhlak dari semasa ke semasa iaitu dengan meninggalkan segala perbuatan yang dilarang agama.
PUSAT ISLAM UNIVERSITI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
(SUMBER : JaKiM)
No comments:
Post a Comment