:: KEKUATAN UNTUK TERUS BERSABAR ::

Pernah suatu hari seorang sahabat nabi yang bernama Khabab ibnu 'Arat
R.A datang kepada Rasulullah S.A.W dan bertanya kepada baginda dengan
soalannya, " bilakah kita akan menang wahai Rasulallah?"
Sahabat nabi yang bertanya ini sebenarnya telah mendapat seksaan dan
ujian yang teruk. Badannya dipanggang sehingga diriwayatkan lemak di badannya mencair dan menitik ke lantai.
Akibat tidak tertahan dengan seksaan yang diterima maka beliau bertanya
kepada Baginda bilakah masanya Islam akan menang mungkin dengan harapan
agar Islam segera dinaikkan dan umat Islam terus menjadi dan dihormati.
Namun itu tidak terjadi. Rasulullah akhirnya memujuk beliau dengan
lembut tetapi tegas melalui kata baginda, "Umat terdahulu lebih dahsyat
diseksa sehingga kepala mereka digergaji."
Bersabarlah, sesungguhnya umat-umat terdahulu lebih dahsyat diseksa sehingga kepala mereka digergaji.
Apa perasaan kita mendengarkan kata-kata seperti ini?
Bukankah kata-kata ini juga sebenarnya ditujukan kepada kita?
Tidakkah ada dalam diri kita sedikit kekuatan untuk terus bersabar
menghadapi kesusahan hidup dalam melaksanakan suruhan dan meninggalkan
larangan Allah?
Sesungguhnya kehidupan dunia bagi seorang
muslim sememangnya ibarat penjara yang memenjarakan jasad dan
pergerakannya. Kerana dunia ini sementara, dijadikan Tuhan hanya untuk
menguji hamba-hambaNya siapa di kalangan mereka yang baik amalannya.
Maka bersabarlah dengan kesusahan melaksanakan suruhan Allah kerana
sesungguhnya syurga Allah dan redhaNya sedang melambai-lambai untuk
membahagiakan anda di sana.
Marilah beristighfar dengan penuh kesedaran.
* tak rugi pon kalau kita bersabar...:)
No comments:
Post a Comment